Nuffnang Ads

Jumaat, 18 Mei 2012

3 Perlawanan Persahabatan : Ujian Skuad Harimau Malaya


Pasukan Harimau Malaya di bawah kendalian jurulatih Datuk K. Rajagopal akan mengadakan 3 siri perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan Filipina pada 1 Jun 2012 serta menentang pasukan jiran tetangga Singapura pada 8 dan 12 Jun 2012.  Ini merupakan perlawanan kompetitif antarabangsa terkini setelah kali terakhir skuad negara menentang pasukan Sri Lanka pada 28 April 2012 yang lalu di mana pasukan negara menewaskan Sri Lanka dengan 6-0.

Skuad Malaysia : Harimau Malaya
Semoga Harimau Malaya terus maju jaya seterusnya kembali menggegarkan persada bola sepak Asia setanding dengan negara-negara kuasa besar Asia yang lain seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia.

Penulis yakin, skuad Harimau Malaya tidak akan menghampakan peminat bola sepak negara serta mampu memberikan saingan kepada kedua-dua pasukan yang akan ditentang negara.  Harimau Malaya Pantang Undur.. Bangun Harimau Bangun.. Selamanya Harimau Malaya..

1 ulasan:

  1. Lama dh tak tengok Safee Sali ngan Nor Shahrul Idlan Talaha bergandingan bersama.. Harap masih ada sentuhan penyudah tajam.. Terbaik..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa