Nuffnang Ads

Jumaat, 25 Mei 2012

Arsenal bakal lepaskan 7 pemain

Pasukan Liga Perdana England, Arsenal atau The Gunners yang menamatkan saingan BPL ditempat ketiga dijangka melepaskan sehingga 7 orang pemainnya serta dijangka membuat beberapa pembelian baru untuk menguatkan pasukan mereka musim depan.
Pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger dijangka akan melepaskan Manuel Almunia, Lukasz Fabianski, Sebastian Squalaci, Johan Djorou, Denilson, Carlos Vela dan Nicklas Bendtner dan dijangka akan membawa masuk pemain-pemain seperti Lukas Padolski, Oliver Giroud, Junior Hoillet, Steven N' Zonzi, Salomon Kalou dan Yann M'Villa. 
Bagaimanapun kedudukan pemain-pemain lain seperti Maroune Chamakh, Andriy Ashavin dan Emanuel Frimpong juga belum dapat dipastikan lagi manakala kedudukan ketua pasukan Arsenal Robin Van Persie juga belum pasti.

Musim depan, Arsenal pastinya akan cuba bangkit seterusnya memenangi satu kejuaraan setelah lama pasukan ini tidak mengecap trofi kejuaraan utama Liga England.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa