Nuffnang Ads

Rabu, 23 Mei 2012

EURO 2012 : Pemain mana bakal menyerlah?



Kejohanan Bola Sepak berprestij di Eropah Euro 2012 akan membuka tirainya pada 8 Jun 2012 dengan Poland dan Ukraine sebagai tuan rumah bersama.  Kejohanan ini melibatkan 16 negara Eropah iaitu Poland dan Ukraine selaku tuan rumah serta Perancis, Sepanyol, Jerman, Itali, England, Belanda, Portugal, Croatia, Republik Ireland, Russia, Denmark, Sweden, Greece dan Republik Czech.
Kejohanan ini juga bakal mengumpulkan bintang-bintang bola sepak Eropah seperti Wayne Rooney (England), Cristiano Ronaldo (Portugal), Arjen Robben (Belanda), Mario Gomez (Jerman), Andres Iniesta (Sepanyol), Samir Nasri (Perancis), Mario Balotelli (Itali), Luka Modric (Croatia), Zlatan Ibrahimovic (Sweden), Robert Lewandoski (Poland), Andriy Ashavin (Russia) dan ramai lagi.  Bintang manakah yang bakal menyinar.  Sama-sama kita tunggu dan lihat Kejohanan Euro 2012 Poland-Ukraine bermula 8 Jun ini.


 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa