Nuffnang Ads

Ahad, 27 Mei 2012

GP Monaco : Webber Juara

Mark Webber dari pasukan Red Bull Racing-Renault muncul juara perlumbaan di GP Monaco meninggalkan Nico Rosberg dari pasukan McLaren Mercedes dan Fernando Alonso dari pasukan Ferrari masing-masing di tempat kedua dan ketiga.  Dengan kemenangan itu, Webber menjadi pemenang keenam kejuaraan musim ini setelah perlumbaan sebelum ini dimenangi oleh 5 pelumba berlainan iaitu Jenson Banton (GP Australia), Fernando Alonso (GP Malaysia), Nico Rosberg (GP China), Sebastian Vettel (GP Bahrain) dan Pastor Maldonaldo (GP Sepanyol).

Dengan keputusan ini, Fernando Alonso berjaya merampas kedudukan pendahulu mata keseluruhan daripada juara bertahan Sebastian Vettel dengan mengumpul 76 mata diikuti oleh Vettel dan Webber masing-masing terikat dengan 73 mata.
Kedudukan berpasukan pula menyaksikan pasukan Red Bull Racing-Renault unggul dengan 146 mata diikuti oleh pasukan McLaren Mercedes 104 mata dan Ferrari serta Lotus-Renault terikat dengan 86 mata. 

Apa yang jelas untuk musim 2012, persaingan kejuaraan adalah semakin sengit antara pelumba-pelumba serta pasukan-pasukan yang bertanding merebut kejuaraan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa