Nuffnang Ads

Sabtu, 26 Mei 2012

Hoki : Malaysia 3 - Great Britain 3

Skuad hoki negara yang membariskan muka lama dan muka baru, mencatat keputusan seri buat kali kedua apabila berjaya menyekat pasukan di ranking ke-4 dunia, Great Britain dengan keputusan 3-3 dalam kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi Ke-22 di Ipoh semalam. 

Anak buah jurulatih Tan Beng Hai yang mencatat keputusan seri 1-1 dengan pasukan Korea Selatan pada perlawanan pertama Khamis lalu ketinggalan 1-3 kepada Great Britain pada separuh masa pertama.  Namun, 2 gol pada minit-minit akhir permainan oleh pemain muda berpotensi besar, Faizal Shaari menyelamatkan pasukan negara dari mengalami kekalahan.  Gol-gol Great Britain dijaringkan oleh Glenn Kirkham (m-5), Ashley Jackson (m-20) dan Rob Moore (m-25) manakala gol pasukan negara dijaringkan oleh Azlan Misron (m-10) serta 2 gol Faizal Shaari (m-67 & m-68).
Sumber : www.azlanshahcup.com/
Dengan keputusan ini, skuad negara berjaya mengumpul 2 mata dari 2 perlawanan dan akan bertemu dengan pasukan India pada perlawanan ketiga pada Isnin ini.  Semoga skuad negara meneruskan kecemerlangan dalam perlawanan seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa