Nuffnang Ads

Rabu, 30 Mei 2012

Hoki : Malaysia 3 - Pakistan 2

Pasukan Hoki negara berjaya mencatatkan kemenangan pertama di Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah apabila berjaya bangkit daripada ketinggalan 2 gol untuk menewaskan pasukan Pakistan dengan keputusan 3-2.  Anak-anak buah Tai Beng Hai mempamerkan aksi yang memukau dan terpuji untuk menewaskan pasukan Pakistan.  Gol-gol pasukan negara dijaringkan oleh Amir Farid Fuzi (m-34), Faizal Shaari (m-48) dan Razie Rahim (m-68) manakala gol-gol pasukan Pakistan dijaringkan oleh Umar Bhutta (m-4) dan Ihalqal Rasool (m-12). 

Dengan kemenangan ini, pasukan negara mengutip 5 mata hasil daripada 1 kemenangan, 2 seri dan 1 kekalahan.  Esok skuad negara dijadualkan bertemu dengan New Zealand.  Semoga pasukan hoki negara meneruskan kecemerlangan permainan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa