Nuffnang Ads

Ahad, 20 Mei 2012

Kelantan Juara Piala FA 2012


Kelantan : Juara Piala FA 2012
Pasukan Kelantan membuktikan mereka adalah kuasa bola sepak negara dengan menjuarai Piala FA buat kali pertama selepas 2 kali percubaan sebelum ini dengan menewaskan pasukan berstatus kelab Sime Darby FC 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.


Mohamed Ghaddar wira Kelantan
Pasukan Kelantan di bawah bimbingan jurulatih Bojan Hodak mendapatkan gol kemenangan hasil sepakan penalti pemain import sensasi dari Labenon Mohamed Ghaddar pada minit ke 58.  Sepakan penalti tersebut diberikan setelah Obinha Nweri dikasari dalam kotak penalti.  Ghaddar yang diberi tanggungjawab mengambil tendangan penalti tersebut dengan mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut menewaskan penjaga gol Sime Darby FC.
Kelantan

Sime Darby FC

Apa-apa pun pujian harus diberikan kepada pasukan Sime Darby kerana mempamerkan persembahan yang baik untuk mengekang Kelantan dari menjaringkan lebih banyak gol terhadap pasukan mereka.  Tahniah kepada pasukan Kelantan The Red Worriors atas kemenangan ini sekaligus melengkapkan koleksi piala-piala utama bola sepak Malaysia setelah menjuarai Piala Malaysia (2010), Liga Super (2011) dan Piala FA (2012).

Kejayaan ini merupakan kejayaan yang manis untuk dikenang oleh pasukan Kelantan.  Semoga bola sepak Malaysia terus maju jaya di masa hadapan.  

1 ulasan:

  1. Tahniah kpd pasukan Kelantan atas kejayaan cemerlang pasukan.. Teruskn peningkatan " Gomo Kelate Gomo"..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa