Nuffnang Ads

Khamis, 17 Mei 2012

Liga Juara-Juara Eropah : Bayern Munich atau Chelsea?


Liga Juara-Juara Eropah akan tiba ke kemuncaknya menyaksikan pertembungan antara Bayern Munich dan Chelsea pada 20 Mei 2012 (Ahad) jam 2.30 pagi (waktu Malaysia) di Stadium Munich, Jerman.  Kedua-dua pasukan ini telah mengejutkan kelab gergasi Sepanyol iaitu Real Madrid dan Barcelona untuk mara ke perlawanan akhir.

Bayern Munich dilihat berpeluang cerah menjuarai Piala ini kerana kelebihan beraksi di tempat sendiri selain pasukan Chelsea yang kehilangan beberapa tonggak utama pasukan akibat penggantungan dan kecederaan yang dialami seperti Terry, Ramires, Ivanovic, Meireles, Malouda, Cahill dan David Luiz.

Walau bagaimanapun, pasukan Bayern Munich tidak boleh memandang ringan cabaran Chelsea kerana semangat mereka yang ditunjukkan semasa separuh akhir menentang Barcelona mungkin akan ditampilkan sekali lagi di perlawanan ini.

Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo (RDM) yang mengambilalih tugas dari Andre Villas Boas (AVB) telah menunjukkan satu peningkatan yang membanggakan kepada pasukan.  Bayern Munich di bawah Jupp Heykness (JH) nyata mahu menjadikan Chelsea sebagai mangsa kerana mereka telah terlepas kejuaraan Bundesliga Jerman 2012 dan Piala Jerman kepada kelab Borussia Dortmund.

Apa-apa pun, penulis melihat Bayern Munich mempunyai kelebihan di atas kertas namun cabaran Chelsea tidak boleh dipandang ringan oleh mereka.  Semoga perlawanan akhir ini menjadi satu perlawanan yang akan dikenang antara perlawanan akhir yang terbaik. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa