Nuffnang Ads

Khamis, 17 Mei 2012

Liga Super Malaysia 2012


Pasukan-Pasukan Liga Super Malaysia 2012

Saingan Liga Super Malaysia 2012 melibatkan 14 pasukan telah melepasi beberapa perlawanan di pusingan kedua.  Sehingga kini Lions XII masih mendahului carta liga dengan 41 mata (21 Perlawanan) manakala Juara 2011 Kelantan mengekori rapat dengan 37 mata (16 Perlawanan).  Kuala Lumpur kekal di tangga tercorot liga dengan hanya mengumpul 3 mata (17 Perlawanan).

Kehadiran semula pemain import dalam Liga Super Malaysia 2012 kembali merancakkan saingan dengan beberapa pemain import berkualiti menunjukkan kelebihan mereka antaranya pemain import Negeri Sembilan iaitu Effa Owana, Bosko Balaban (Selangor), Michal Kubala (Perak), Mohammad Ghaddar (Kelantan), Francis Fokie Doe (Terengganu) dan beberapa lagi pemain import yang baik.

Pemain-pemain tempatan juga tidak kurang hebatnya antaranya Shakir Ali (Negeri Sembilan), Nor Shahrul Idlan Talaha (Kelantan), Abdul Hadi Yahaya (Terengganu) serta pemain-pemain tempatan lain yang menunjukkan kehebatan masing-masing.

Apa-apa pun, penulis berharap agar mutu liga bola sepak Malaysia semakin hari semakin meningkat bagi memastikan Malaysia kembali menggegarkan persada bola sepak Asia setaraf negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan, China dan Arab Saudi yang melahirkan pemain-pemain-berkelas dunia. Harimau Malaya Pantang Undur.. Malaysia Boleh.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa