Nuffnang Ads

Sabtu, 19 Mei 2012

Nicol David ke perlawanan akhir terbuka British 2012



Nicol Ann David

Nicol Ann David membuktikan status beliau sebagai pemain squash wanita  ranking No. 1 dunia dengan sekali lagi melangkah ke perlawanan akhir Terbuka British 2012.  Beliau menewaskan wakil tuan rumah Laura Massaro dengan 11-4, 11-8 dan 11-3 untuk mara ke perlawanan akhir esok.

Nour El-Syerbini
Beliau bakal bertemu dengan pemain remaja sensasi Mesir berusia 16 tahun Nour al-Syerbini yang menewaskan rakan senegaranya Raneem El Weleily 14/12, 7/11, 11/4,11/9.  Di atas kertas memang Nicol adalah pilihan tetapi cabaran daripada pemain muda Mesir ini harus dipandang serius oleh Nicol untuk memastikan beliau muncul juara di Kejohanan Terbuka British 2012.  Semoga beliau berjaya menjulang kejuaraan sekaligus mengharumkan nama negara di arena antarabangsa.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa