Nuffnang Ads

Rabu, 23 Mei 2012

Piala Thomas 2012 : Cabaran Malaysia berakhir

Skuad Piala Thomas negara gagal dalam misi untuk layak ke peringkat separuh akhir apabila tewas kepada skuad tuan rumah China dengan keputusan 0-3.  Skuad negara tanpa Datuk Lee Chong Wei nyata bukan tandingan China yang dilihat sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Thomas 2012.

Liew Daren yang diletakkan sebagai perseorangan pertama negara menentang Lin Dan nyata bukan tandingan pemain China itu walaupun pada set pertama beliau memberikan tentangan sengit sebelu tewas 21-17, 9-21, 5-21.  Pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang diletakkan harapan untuk menewaskan pasangan berpengalaman China Cai Yun-Fu Haifeng bagaimanapun gagal apabila tewas 17-21, 18-21 seterusnya memberikan mata kedua China.
Perseorangan kedua negara, Hafiz Hashim seperti dijangka gagal memberikan saingan kepada pemain muda China yang juga pemain nombor tiga dunia Cheng Long dengan 10-21, 11-21 seterusnya menyerahkan kemenangan kepada China dengan 3-0.
Apa-apa pun, sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan negara.  Semoga selepas ini, lebih banyak pemain-pemain pelapis dapat dihasilkan bagi mengelakkan kebergantungan kepada Datuk Lee Chong Wei serta pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa