Nuffnang Ads

Rabu, 23 Mei 2012

Piala Thomas 2012 : Malaysia tanpa Lee Chong Wei


Skuad Piala Thomas negara, layak ke peringkat suku akhir dan akan bertemu dengan pasukan tuan rumah dan juga juara bertahan China tanpa kelibat pemain no. 1 negara dan dunia, Datuk Lee Chong Wei yang mengalami kecederaan akibat terseliuh ketika bertemu pemain Denmark Peter Gade semalam.
Dengan kecederaan ini, Datuk Lee Chong Wei terpaksa melupakan terus cabaran Piala Thomas dan memberi fokus kepada pemulihan kecederaannya seterusnya bersedia untuk menghadapi Kejohanan Sukan Olimpik 2012 London yang berbaki tiga bulan lagi.
Dengan ketiadaan Lee Chong Wei ini, perseorangan kedua negara iaitu Liew Daren akan menggalas tugas selaku perseorangan pertama dan dijangka bertemu dengan pemain sensasi China, Lin Dan.  Walaupun pertemuan dengan skuad China ini dilihat sukar, skuad negara dipercayai mampu untuk memberikan saingan kepada pasukan tuan rumah ini dengan harapan kedua-dua pasangan beregu negara mampu menewaskan beregu China dan mengharapkan perseorangan negara melakukan kejutan ke atas perseorangan China.

Apa-apa pun, saingan harus diteruskan oleh skuad negara dan tiada apa yang mustahil dengan kemampuan sedia ada skuad negara.  Semoga Datuk Lee Chong Wei cepat pulih dari kecederaannya dan Semoga Berjaya kepada Skuad negara.  "Malaysia Boleh".. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa