Nuffnang Ads

Khamis, 31 Mei 2012

Preview : Malaysia vs Filipina


Harimau Malaya akan bertemu dengan pasukan Filipina atau The Azkals dalam perlawanan persahabatan antarabangsa esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.  Kali terakhir pasukan negara bertemu dengan Filipina ialah pada 29 Februari 2012 di Manila di mana pasukan negara sekadar mencatat   keputusan seri 1-1.

Cabaran pasukan Filipina tidak boleh dipandang ringan oleh anak-anak buah K.Rajagopal kerana mereka jelas menunjukkan peningkatan demi peningkatan di peringkat Asean dengan membuat kejutan mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki yang lalu.  Mereka juga bakal menggunakan pemain-pemain yang beraksi di liga-liga luar negara seperti  Patrick Deyto, Stephan Schrock dan Denis Wolf.

Perlawanan ini adalah antara 3 perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan dihadapi pasukan negara selain 2 perlawanan bertemu pasukan Singapura pada 8 Jun dan 12 Jun ini.  Perlawanan persahabatan antarabangsa ini merupakan antara rangka persiapan pasukan negara bagi mempertahankan Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung pada 24 November 2012 yang pasukan negara menjadi tuan rumah bersama dengan Thailand.

Pastinya perlawanan persahabatan ini akan dimanfaatkan oleh barisan pemain negara untuk menunjukkan sesuatu kepada penyokong-penyokong bola sepak negara.  Esok pastinya kita akan menyaksikan Datuk K.Rajagopal menurunkan kesebelasan terbaik negara dengan kemungkinan gandingan pemusnah Safee Sali dan Nor Shahrul Idlan Talaha digandingkan bersama.  Semoga Pasukan Harimau Malaya berjaya menewaskan pasukan Filipina esok.  Harimau Malaya Pantang Undur.. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa