Nuffnang Ads

Ahad, 27 Mei 2012

Rasuah.. Rasuah.. Rasuah..

Bola sepak Malaysia telah dikejutkan apabila seorang pengadil berpengalaman tinggi serta seorang bekas pemain bola sepak negara didakwa di makhamah Singapura atas dakwaan mengatur keputusan perlawanan Liga Super Malaysia melibatkan pertemuan antara Lions XII bertemu Sarawak di mana pada perlawanan tersebut, pasukan Lions XII menang 3-0.

Isu rasuah serta mengatur keputusan perlawanan ini nyata boleh menjejaskan imej bola sepak negara di mata dunia.  Seharusnya badan-badan berwajib, harus membawa mereka yang terlibat dalam perkara ini ke muka pengadilan dan mereka juga harus dikenakan tindakan tata tertib yang serius dalam menghukum mereka.  Semoga bola sepak Malaysia bebas rasuah dari peringkat atasan sehingga ke peringgat akar umbi.  Majulah Bola Sepak untuk negara.  Perangi dan Jauhi Rasuah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa