Nuffnang Ads

Rabu, 23 Mei 2012

Sukan Olimpik 2012 : Prospek Emas Malaysia

Sukan Olimpik 2012 di London akan bermula tidak kurang dari 3 bulan lagi.  Malaysia telah mengesahkan penyertaan dalam beberapa sukan seperti Badminton, Terjun Papan Anjal, Memanah, Lumba Basikal dan Lawan Pedang.

Malaysia dilihat mempunyai prospek cerah untuk memenangi emas pertama Olimpik melalui beberapa acara iaitu Badminton (Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Kiet-Tan Boon Heong), Terjun Papan Anjal (Bryan Nickson Lomas, Pandalela Rinong, Huang Qiang, Leong Mun Yee) serta acara Lumba Basikal (Azizulhasni Awang, Josiah Ng).  Tidak mustahil juga acara memanah akan menyumbang pingat kepada pasukan negara.
Dalam acara badminton, kecederaan yang dialami oleh Datuk Lee Chong Wei semasa Piala Thomas 2012 boleh menjejaskan harapan negara untuk memenangi pingat emas temasya Sukan Olimpik 2012.  Walau bagaimanapun, dengan fasiliti serta kemudahan perubatan yang baik, Datuk Lee Chong Wei dijangka akan pulih dari kecederaannya seterusnya kembali berlatih sebagai persediaan menghadapi temasya 4 tahun sekali itu.

Semoga Pasukan negara berjaya dalam mencapai pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik 2012.  Malaysia Boleh...  

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa