Nuffnang Ads

Jumaat, 1 Jun 2012

Bola Sepak Persahabatan : Malaysia 0 - Filipina 0

Pasukan negara atau Harimau Malaya gagal menggunakan kesempatan perlawanan persahabatan apabila sekadar seri 0-0 menentang Pasukan Filipina atau gelarannya The Azkals.  Walaupun pasukan negara menguasai keseluruhan perlawanan tersebut, pasukan negara gagal menggunakan serta memanfaatkan peluang menjaringkan gol ke atas pasukan lawan.  Selain itu, jentera tengah negara yang dikemudikan oleh Ketua Pasukan Safiq Rahim, gagal merancang gerakan-gerakan menarik untuk mencipta peluang kepada penyerang negara Safee Sali dan Nor Shahrul Idlan Talaha menjaringkan gol.
Filipina yang satu ketika dulu adalah antara pasukan belasahan membuktikan mereka kini sedang mara selangkah untuk mencabar kuasa bola sepak ASEAN seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan Vietnam.  Pasukan negara seterusnya akan menentang musuh tradisi iaitu Singapura dalam dua perlawanan yang dijadualkan pada 8 Jun dan 12 Jun ini.

Semoga anak buah K.Rajagopal meningkatkan lagi prestasi supaya skuad negara dapat menunjukkan prestasi sebenar dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki tahun ini.  

2 ulasan:

  1. Mcmn ngan Filipina boleh seri nie? Mcmn nak lwn Singapura, Thailand, Indonesia ngan Vietnam nie? Semoga pasukan negara berjaya pertahankn kejuaraan Piala AFF Suzuki thn nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro.. Jgnlah sebab seri sokongan merudum.. Teruskan sokongan kepada pasukan negara Harimau Malaya..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa