Nuffnang Ads

Jumaat, 8 Jun 2012

Bola Sepak Persahabatan : Malaysia 2 - Singapura 2

 
Pasukan negara gagal mempertahankan kelebihan 2 gol apabila pasukan Singapura bangkit menjaringkan 2 gol dalam minit-minit akhir perlawanan.  Pasukan negara nyata bersemangat apabila Azamuddin Akil menjaringkan gol menarik serta jaringan memukau sepakan percuma Safiq Rahim membolehkan pasukan negara mendahului 2-0 sepanjang 86 minit perlawanan.

Singapura cuba bangkit apabila mendapat penalti kontroversi daripada pengadil perlawanan dari Hong Kong. Bagaimanapun sepakan tersebut berjaya ditepis kemas oleh penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat.  Namun satu lagi keputusan kontroversi pengadil memberikan sepakan percuma dalam kotak penalti negara nyata merentap semangat anak-anak buah K.Rajagopal apabila sepakan minit 87 itu disempurnakan oleh Shahdan Sulaiman.


Gol tersebut nyata menaikkan semangat pasukan The Lions apabila lorongan sepakan percuma pada minit ke 93 disempurnakan oleh Qiu Li sekaligus mengikat kedudukan 2-2. Walau bagaimanapun, persembahan yang ditunjukkan oleh pasukan Harimau Malaya bolehlah dibanggakan dengan pemain-pemain seperti Azamuddin, Fadhli Saas dan Azmi Muslim menunjukkan permainan yang baik.

Pasukan negara sekali lagi akan menentang Singapura pada 12 Jun ini di Stadium Shah Alam. Harimau Malaya pastinya akan melakukan sesuatu untuk mencapai keputusan yang membanggakan peminat bola sepak tempatan. Tahniah kepada pasukan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa