Nuffnang Ads

Ahad, 10 Jun 2012

Euro 2012 : Belanda kecundang, Jerman menyengat

Perlawanan Euro 2012 Poland-Ukraine bagi Kumpulan B atau Kumpulan Maut semalam menyaksikan pasukan Denmark melakukan kejutan terbesar kejohanan setakat ini apabila berjaya menewaskan pasukan pilihan Belanda dengan jaringan 1-0 manakala pasukan Jerman mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas satu lagi pasukan pilihan Portugal.
 
 
Dalam perlawanan antara Belanda dan Denmark, pasukan Belanda jelas dilihat menguasai perlawanan dengan serangan demi serangan daripada gandingan pemain-pemain bintang mereka seperti Robin Van Persie, Ibrahim Afellay, Wesley Sneijder dan Arjen Robben namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan Denmark yang diketuai oleh ketua pasukan mereka Daniel Agger dan penjaga gol kedua mereka Stepen Andersen yang beraksi cemerlang. Gol tunggal Denmark yang juga gol kemenangan mereka dijaringkan oleh Michael Krohn-Dehli pada minit ke-24 perlawanan.


Manakala jaringan penyerang prolifik Jerman, Mario Gomez pada minit ke-72 pula berjaya membantu pasukannya menewaskan naib juara Euro 2004, Portugal 1-0. Jerman juga turut dibantu oleh kecemerlangan penjaga golnya, Manuel Neuer serta ketangkasan pemain tengahnya Mesut Ozil. Dengan kemenangan ini, laluan Jerman ke peringkat seterusnya semakin terbuka.

Untuk perlawanan seterusnya, Jerman akan bertemu Belanda manakala pasukan Portugal akan menentang Denmark. Belanda dan Portugal perlu menewaskan Jerman dan Denmark untuk menghidupkan peluang mereka ke suku akhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa