Nuffnang Ads

Selasa, 12 Jun 2012

Euro 2012 : England 1 - France 1

Perlawanan antara pasukan Perancis The Les Blues bertemu England Three Lions baru sahaja ditamatkan dengan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1.

Perancis jelas dilihat menguasai keseluruhan perlawanan dengan asakan bertubi-tubi oleh rangkaian serangan yang diketuai oleh Karim Benzema dibantu oleh Franck Ribery dan Samir Nasri. Walau bagaimanapun ketangkasan penjaga gol England, Joe Hart berjaya menyelamatkan pasukan England dari dibolosi dengan jaringan yang besar. Barisan pertahanan England yang diketuai oleh John Terry juga harus dipuji kerana berjaya mematahkan asakan-asakan bertali arus pasukan Perancis.

England membuka tirai jaringan pada minit ke 30 hasil tandukan pemain pertahanan Joleon Lescott yang menyudahkan sepakan percuma daripada ketua pasukan Steven Gerrard. Kedudukan itu hanya bertahan 9 minit apabila pemain sensasi Perancis, Samir Nasri menyamakan kedudukan pada minit ke 39 perlawanan. Dengan keputusan ini, Perancis dan England berkongsi 1 mata. 


Keputusan ini pastinya melegakan kedua-dua pasukan kerana selepas ini Perancis akan berdepan dengan Sweden manakala England pula akan berdepan dengan pasukan tuan rumah Ukraine dalam satu lagi perlawanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa