Nuffnang Ads

Jumaat, 15 Jun 2012

Euro 2012 : Itali Seri, Sepanyol Mengganas


Perlawanan kedua Kumpulan C semalam menyaksikan pasukan Itali sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang pasukan Croatia manakala pasukan pilihan untuk menjadi Juara Euro 2012 Poland-Ukraine dan juga juara Edisi Euro 2008, Sepanyol membuktikan kehebatan mereka apabila berjaya membelasah pasukan Republik Ireland dengan kemenangan bergaya 4-0 semalam.


Dalam perlawanan pertama Kumpulan C semalam, pasukan Itali dan Croatia sekadar berkongsi satu mata apabila seri 1-1. Itali membuka jaringan pada minit ke-39 melalui Andrea Pirlo tetapi disamakan oleh penyerang sensasi Croatia, Mario Mandzukic pada minit ke 72 separuh masa kedua. Dengan keputusan ini, Itali mengumpul 2 mata manakala Croatia mengumpul 4 mata dari dua perlawanan.


Seperti dijangka, Sepanyol tidak berdepan masalah apabila membelasah Republik Ireland dengan 4-0 sekaligus menyebabkan Republik Ireland tersingkir dari kejohanan meskipun masih berbaki satu perlawanan. Gol-gol pasukan Sepanyol dijaringkan oleh Fernando Torres (m-4 & m-70), David Silva (m-49) dan Cesc Fabregas (m-83) sekaligus membawa mereka ke kedudukan teratas Kumpulan C. Sepanyol sebenarnya mampu menjaringkan lebih banyak gol, namun deretan peluang dinafikan oleh pemain-pemain Republik Ireland.

Untuk perlawanan terakhir kumpulan C, Sepanyol akan berdepan dengan Croatia manakala Itali pula akan berdepan dengan Republik Ireland bagi menentukan dua pasukan yang akan ke pusingan suku akhir nanti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa