Nuffnang Ads

Isnin, 18 Jun 2012

Euro 2012 : Penentuan Kumpulan C


Pagi ini akan menyaksikan 2 lagi perlawanan Euro 2012 Poland-Ukraine melibatkan perlawanan dalam Kumpulan C untuk merebut 2 lagi slot ke suku akhir. Dengan Republik Ireland telah pun terkeluar daripada saingan, 2 slot itu bakal menjadi rebutan antara 3 pasukan ini iaitu juara bertahan Sepanyol, Itali dan Croatia. Pertembungan malam ini melibatkan pertemuan antara Itali menentang Republik Ireland dan satu lagi perlawanan melibatkan aksi antara Sepanyol menentang Croatia.


Dalam aksi Itali menentang Republik Ireland, pasukan Azzuri ini memerlukan kemenangan setelah 2 kali seri dalam perlawanan menentang Sepanyol dan Croatia. Itali pastinya akan menurunkan barisan terkuat mereka untuk merobek pertahanan Republik Ireland yang diketuai oleh Richard Dunne di pertahanan dan Shay Given di gawang. Jentera Itali pastinya akan digerakkan oleh pemain berpengalaman mereka Andrea Pirlo dan jentera serangan mereka dijangka diketuai oleh Mario Balotelli dan Antonio Cassano.


Dalam satu lagi pertemuan, Sepanyol memerlukan kemenangan atau keputusan seri dengan Croatia untuk mara ke peringkat suku akhir. Sepanyol dijangka mengekalkan barisan pemain yang diturunkan ketika pasukan mereka menang 4-0 menentang Republik Ireland dengan Fernando Torres mengetuai jentera serangan dibantu oleh gandingan mantap David Silva dan Andres Iniesta. Cabaran Croatia tidak boleh dipandang mudah kerana mereka pastinya akan bermain sebaik mungkin untuk menewaskan Sepanyol. Dengan penyerang Mario Mandzukic yang telah menjaringkan tiga gol sepanjang kejohanan mengetuai jentera serangan, barisan pertahanan Sepanyol harus berwaspada dengan ancaman pemain ini.

Perlawanan malam ini dijangkakan sengit di mana Ireland pastinya akan memberikan saingan sengit kepada Itali sebagai penebus maruah manakala Sepanyol dan Croatia pastinya akan menyajikan permainan memukau peminat. Semoga kita semua terhibur menyaksikan perlawanan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa