Nuffnang Ads

Jumaat, 15 Jun 2012

Euro 2012 : Perancis, England buru kejayaan

Malam ini akan berlangsung perlawanan kedua bagi Kumpulan D melibatkan pertemuan pasukan pilihan, Perancis bertemu dengan pasukan tuan rumah, Ukraine manakala satu lagi pertembungan menyaksikan pasukan England turun menentang pasukan Sweden. Dijangkakan kedua-dua pertemuan ini menarik peminat seluruh dunia menyaksikannya.


Dalam perlawanan pertama malam ini, Perancis akan turun sebagai pasukan pilihan untuk menewaskan tuan rumah Ukraine. Dengan barisan pemain yang mantap di setiap posisi terutamanya jentera serangan yang akan diketuai oleh Karim Benzema, Franck Ribery dan Samir Nasri, pasukan Perancis pastinya berusaha keras merobek pertahanan lawan untuk mencari gol. Saingan pasukan Ukraine pula tidak boleh dipandang mudah apabila mereka berjaya menewaskan pasukan Sweden 2-1 dalam perlawanan pertama kumpulan. Dengan Andriy Shevchenko mengetuai jentera penggempur mereka tidak mustahil pasukan Ukraine mampu merobek gawang Perancis yang dikawal oleh ketua pasukan mereka Hugo Lloris.


Perlawanan kedua malam ini menemukan pasukan England menentang pasukan Sweden. Kedua-dua pasukan pastinya akan menurunkan barisan pemain terkuat mereka untuk memenangi perlawanan ini. England masih lagi tanpa penyerang utama mereka, Wayne Rooney yang masih digantung perlawanan pastinya akan menurunkan penyerang muda mereka Danny Wellbeck atau Andy Carroll untuk merobek gawang pasukan Sweden. Sweden pastinya menaruh harapan kepada penyerang tinggi lampai mereka, Zlatan Ibrahimovic yang juga ketua pasukan mereka untuk merobek pertahanan England yang diterajui oleh Joe Hart. Saingan pastinya sengit dan dijangkakan England akan menamatkan badi 44 tahun tanpa kemenangan menentang Sweden malam ini.

Semoga kita semua akan terhibur dengan aksi perlawanan malam ini. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa