Nuffnang Ads

Sabtu, 9 Jun 2012

Euro 2012 : Poland seri, Russia Memukau

 
Sepak mula Kejohanan Bola Sepak Euro 2012 Poland-Ukraine semalam menyaksikan pasukan tuan rumah Poland sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan juara Euro 2004 Greece. Perlawanan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan 10 pemain apabila penjaga gol Poland Wojciech Szczesny dan pemain pertahanan Greece Soktoris Papastathopoulos dibuang padang oleh pengadil perlawanan dari Sepanyol Carlos Velasco Carballo. Gol pasukan Poland dijaringkan oleh penyerang berbisa mereka Robert Lewandoski (m-17) manakala gol pasukan Greece dijaringkan oleh pemain gantian Dimitris Salpigidis (m-51). Penjaga gol gantian Poland, Przemyslaw Tyton muncul wira pasukan apabila menyelamatkan sepakan penalti Ketua Pasukan Greece, Giorgos Karagounis serta menyelamatkan percubaan-percubaan merbahaya pasukan Greece sepanjang 23 minit beliau beraksi.
Manakala dalam satu lagi perlawanan kumpulan A menyaksikan Russia mempamerkan persembahan cemerlang apabila menewaskan Republik Czech dengan 4-1. Gol-gol pasukan Russia dijaringkan oleh Alan Dzagoev (2 gol), Roman Shirokov dan pemain gantian Roman Pavlyuchenko sementara Vaclav Pilar menjaringkan gol saguhati pasukan Republik Czech. Dengan kemenangan ini, Russia mendahului Kumpulan A dengan 3 mata diikuti oleh Poland dan Greece dengan 1 mata manakala Republik Czech ditempat terakhir tanpa sebarang mata.

Untuk perlawanan seterusnya dalam Kumpulan A pada 12 Jun 2012 ini, Russia akan menentang Poland manakala Republik Czech akan menentang Greece. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa