Nuffnang Ads

Rabu, 13 Jun 2012

Euro 2012 : Poland terikat, Republik Czech bergaya


Republik Czech bangkit daripada kekalahan besar 1-4 kepada Russia seterusnya menghidupkan peluang pasukan mereka untuk ke peringkat suku akhir Kejohanan Bola Sepak berprestij Eropah Euro 2012 Poland-Ukraine apabila 2 gol dalam tempoh 3 minit membantu pasukan menang 2-1 ke atas juara Euro 2004, Greece dalam perlawanan yang memdebarkan itu. Gol-gol pasukan Republik Czech dijaringkan oleh Petr Jiracek (m-3) dan Vaclav Pilar (m-6) manakala gol saguhati pasukan Greece dijaringkan oleh Theofanis Gekas (m-53).  

 










Dalam satu lagi perlawanan, pasukan tuan rumah Poland sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang pasukan pilihan Kumpulan A, Russia. Dalam perlawanan ini, Andrei Arshavin sekali lagi memainkan watak penting kepada pasukan Russia apabila hantarannya disudahkan oleh Alan Dragoev pada minit ke 37. Gol penyamaan pasukan Poland dijaringkan oleh Ketua Pasukan mereka Jakub Blaszczykowski apabila rembatan padunya gagal ditepis oleh penjaga gol Russia, Vyacheslav Malafeev. Poland yang banyak melakukan serangan ke pintu gol Russia gagal mendapatkan gol kemenangan apabila ketangkasan penjaga gol Russia, Malafeev serta benteng pertahanan Russia banyak menyelamatkan percubaan-percubaan merbahaya pasukan Poland.
Dengan keputusan kedua-dua perlawanan ini, saingan Kumpulan A masih terbuka dengan Russia mendahului dengan 4 mata, diikuti oleh Republik Czech (3 mata), Poland (2 mata) dan Greece (1 mata). Untuk perlawanan akhir kumpulan, Russia akan menentang Greece manakala Poland pula akan menentang Republik Czech bagi menentukan 2 slot ke pusingan suku akhir. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa