Nuffnang Ads

Khamis, 14 Jun 2012

Euro 2012 : Portugal Lega, Belanda Sengsara

Dua perlawanan Kumpulan B atau Group of Death semalam menyaksikan keputusan berbeza untuk dua lagi pasukan pilihan di mana Portugal menarik nafas lega apabila berjaya mendapatkan 3 mata berharga apabila menewaskan pasukan Denmark 3-2. Manakala harapan satu lagi pasukan pilihan Belanda bolehlah dianggap sudah berkubur apabila mereka tewas kepada satu pasukan pilihan Jerman 1-2 dalam perlawanan semalam. Kekalahan ini nyata mengecewakan mereka yang sebelum ini diletakkan sebagai calon favourite untuk menjadi juara edisi Euro 2012 Poland-Ukraine ini.

Dalam perlawanan antara Portugal dan Denmark, pasukan Portugal bernasib baik apabila gol 3 minit sebelum perlawanan tamat oleh pemain gantian mereka Silvestre Varela membantu kemenangan 3-2 mereka. Portugal pada satu ketika mendahului dengan 2-0 hasil jaringan pemain pertahanan Pepe di minit ke 24 serta jaringan Helder Postiga di minit ke 36. Pasukan Denmark bangkit menyamakan kedudukan hasil dua jaringan penyerang mereka Nicklas Bentdner di minit ke 40 dan 80 perlawanan sebelum jaringan Varela menceriakan kem Portugal. Dengan kemenangan ini, pasukan Portugal menghidupkan peluang mereka ke pusingan suku akhir manakala Denmark juga mempunyai peluang jika berjaya menewaskan Jerman dengan jaringan yang baik.

Satu lagi perlawanan yang menjadi tumpuan semalam, menyaksikan Mario Gomez muncul wira pasukan Jerman apabila dua jaringan membantu kemenangan pasukannya 2-1 menentang pasukan Belanda. Gol Mario Gomez dijaringkan pada minit ke 24 dan 38 manakala penyerang sensasi Belanda, Robin Van Persie menjaringkan gol saguhati pasukannya pada minit ke 72 permainan. Belanda harus menyalahkan diri sendiri berikutan kegagalan mereka menewaskan Denmark dalam perlawanan pertama. Dengan kekalahan ini, peluang pasukan Belanda untuk mara ke pusingan suku akhir adalah tipis dan hanya keajaiban sahaja yang mampu mengubah nasih pasukan Belanda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa