Nuffnang Ads

Khamis, 28 Jun 2012

Euro 2012 : Spain through to Final Euro 2012

Juara bertahan, Sepanyol buat kali ketiga berturut-turut berjaya mara ke perlawanan akhir dalam kejohanan besar apabila mengecewakan pasukan Portugal 4-2 dalam penentuan sepakan penalti dalam perlawanan yang berlangsung sengit. Sepanyol jelas menguasai perlawanan namun Portugal juga banyak mendapat peluang untuk menjaringkan gol namun gagal dimanfaatkan oleh pemain sensasi mereka Cristiano Ronaldo. Penentuan penalti sangat mendebarkan apabila sepakan penalti pertama kedua-dua pasukan berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol masing-masing. Bagaimanapun kegagalan Bruno Alves menyepak masuk penalti menyebabkan Portugal sekali lagi kecewa apabila sepakan penalti kelima Sepanyol oleh Cesc Fabregas gagal ditepis oleh penjaga gol Portugal, Rui Patricio. Dengan kemenangan ini, Sepanyol akan menanti pemenang separuh akhir kedua antara pasukan Jerman dan Itali yang akan berlangsung malam ini. 


Pepe
Nani
Andres Iniesta
Gerard Pique
Sergio Ramos
Cecs Fabregas
PORTUGAL VS SPAIN
(FT 0-0)
Spain won by penalties 4-2



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa