Nuffnang Ads

Rabu, 13 Jun 2012

Euro 2012 : Preview Kumpulan B

Malam ini dua lagi perlawanan Euro 2012 Poland-Ukraine melibatkan aksi Kumpulan B atau Kumpulan Maut akan dilangsungkan iaitu pertemuan Juara Euro 1992, Denmark bertemu Portugal manakala Juara Euro 1988, Belanda akan bertemu dengan Juara 3 kali, Jerman. Kedua-dua perlawanan ini pastinya mendebarkan dengan Portugal dan Belanda perlu menang bagi menghidupkan peluang pasukan ke suku akhir. Kemenangan pasukan Jerman dan Denmark akan membawa pasukan ini ke peringkat suku akhir.



Portugal
Denmark







Jika dilihat atas kertas, Portugal dilihat mempunyai kelebihan dengan memiliki pemain-pemain bintang diketuai ketua pasukan mereka Cristiano Ronaldo dibantu oleh Nani, Joao Mautinho dan Raul Meireles. Namun cabaran pasukan Denmark yang mengejutkan pasukan Belanda tidak boleh dipandang ringan oleh Portugal. Denmark pastinya akan bermain bermati-matian untuk memenangi perlawanan ini sekaligus membawa mereka ke pusingan suku akhir seterusnya menyingkirkan pasukan pilihan Portugal.

Belanda
Jerman








Dalam satu lagi perlawanan yang pastinya menarik minat peminat bola sepak seluruh dunia, pertembungan Belanda dan Jerman bolehlah diangggap antara pertemuan yang paling dinanti-nantikan kerana reputasi kedua-dua pasukan yang dianggap antara terbaik di Eropah dan Dunia. Belanda pastinya mencari 3 mata berharga bagi menghidupkan peluang mereka manakala pasukan Jerman pastinya tidak akan memberikan saingan mudah kepada pasukan Belanda. Belanda pastinya mengharapkan pemain-pemain bintang seperti Robin Van Persie, Wesley Sneijder, Arjen Robben, Ibrahim Afellay dan ketua pasukan Mark Van Bommel serta pemain-pemain lain berjaya mempamerkan aksi memukau untuk merobek kubu pertahanan Jerman yang diketuai oleh ketua pasukannya, Philipp Lamn serta Manuel Neuer di gawang. Jerman pastinya mengharapkan Mario Gomez menemui sentuhan pemusnah selain hantaran-hantaran kemas daripada pemain tengah muda mereka , Mesut Ozil merobek gawang Belanda.

Siapakah yang bakal memenangi perlawanan ini. Sama-samalah kita tunggu aksinya malam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa