Nuffnang Ads

Selasa, 19 Jun 2012

Euro 2012 : Saingan Kumpulan D


Pagi ini akan akan menyaksikan perlawanan terakhir peringkat kumpulan di mana saingan Kumpulan D akan menutup saingan kumpulan sebelum ke peringkat kalah mati. Pertembungan pagi ini akan menentukan nasib 2 lagi pasukan yang akan mara ke peringkat suku akhir setelah 6 pasukan daripada Kumpulan A, B dan C telah mengesahkan kemaraan masing-masing. Pertemuan pagi ini melibatkan pertemuan Perancis bertemu dengan Sweden manakala pasukan tuan rumah Ukraine menyambut kunjungan pasukan England. Dengan pasukan Sweden telahpun terkeluar daripada saingan, saingan pastinya tertumpu kepada perebutan dua tempat ke suku akhir antara Perancis, England dan Ukraine.


Dalam saingan antara Perancis dan Sweden, kelebihan dilihat lebih memihak kepada pasukan Perancis dengan kehebatan gandingan serangan yang diterajui oleh Karim Benzema dibantu oleh Franck Ribery, Samir Nasri dan Jeremy Menez yang dilihat begitu berkelebihan merobek pertahanan Sweden. Selain itu juga, pasukan Perancis mempunyai jentera pertahanan yang kemas dengan gandingan Adil Rami dan Philip Mexes yang sukar ditembusi oleh pemain lawan. Walau bagaimanapun, kekuatan Sweden tidak boleh dipandang rendah oleh pasukan Perancis kerana serangan balas mereka mampu membuahkan kejutan kepada pasukan lawan. Dengan jentera serangan diketuai oleh Zlatan Ibrahimovic dibantu oleh Kim Kalstrom dan Sebastian Larsson dilihat juga mampu merobek kekebalan pertahanan lawan.


Pertembungan antara pasukan tuan rumah, Ukraine dan England juga dilihat amat menarik. England akan kembali diperkuatkan oleh penyerang sensasi mereka Wayne Rooney selepas kembali daripada penggantungan dua perlawanan terdahulu. Kehadiran Rooney di jentera serangan England dilihat amat penting kerana pasukan England pastinya inginkan kemenangan bagi mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan suku akhir. Walau bagaimanapun, kelemahan di bahagian pertahanan mereka perlu diambil kesempatan oleh pasukan tuan rumah dalam mencapai kemenangan yang juga diperlukan bagi meneruskan kemaraan mereka ke pusingan kalah mati nanti.

Pertemuan pagi ini dijangka sengit namun begitu, pasukan Perancis dan England dilihat sebagai pasukan pilihan untuk mara bagi Kumpulan D seterusnya bertemu sama ada Sepanyol ataupun Itali di peringkat suku akhir nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa