Nuffnang Ads

Isnin, 11 Jun 2012

Euro 2012 : Sepanyol, Itali terikat, Croatia hebat


Perlawanan Kumpulan C antara juara bertahan Sepanyol dan Itali semalam berkesudahan dengan kedua-dua pasukan berkongsi mata apabila terikat dengan keputusan 1-1. Manakala dalam satu lagi perlawanan Croatia berjaya menang selesa 3-1 menentang Ireland. Dengan keputusan ini, Croatia mendahului Kumpulan C dengan 3 mata diikuti oleh Itali dan Sepanyol berkongsi 1 mata manakala Ireland di tangga terakhir tanpa sebarang mata.
Dalam perlawanan antara Sepanyol dan Itali, penyerang gantian Itali Antonio Di Natale membuka jaringan apabila berjaya menyudahkan hantaran perancang Itali Andrea Pirlo pada minit ke 60. Gol tersebut hanya bertahan selama 4 minit apabila pada minit ke 64, Cesc Febregas berjaya menyamakan kedudukan untuk mengikat kedudukan 1-1. Itali juga harus berterima kasih kepada penjaga gol berpengalaman serta ketua pasukan mereka, Gianluigi Buffon di atas ketangkasannya menyelamatkan percubaan-percubaan merbahaya pasukan Sepanyol terutamanya di babak akhir perlawanan. Benteng Itali yang diketuai oleh Giorgio Chiellini, Daniele De Rossi dan Leonardo Bonucci beraksi cemerlang mematahkan gerakan-gerakan pasukan Sepanyol.
Croatia melaungkan amaran kepada pesaing mereka dalam Kumpulan C apabila menundukkan pasukan Ireland dengan jaringan selesa 3-1. Gol-gol pasukan Croatia dijaringkan oleh gandingan berbisa serangan mereka iaitu Mario Mandzukic (2 gol) dan Nikica Jelavic. Gol saguhati pasukan Ireland dijaringkan oleh Sean St. Leadger. Keputusan akhir Croatia 3 manakala Ireland 1.

Untuk perlawanan seterusnya pada 14 Jun ini, Sepanyol akan menentang Ireland manakala Itali akan menentang Croatia.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa