Nuffnang Ads

Sabtu, 16 Jun 2012

Euro 2012 : Kumpulan A - Pasukan Mana Ke Suku Akhir?

Malam ini bakal menyaksikan aksi terakhir Kumpulan A di mana pasukan pilihan kumpulan Russia akan menentang Greece manakala pasukan tuan rumah Poland akan menentang Republik Czech dalam satu lagi perlawanan. Pasukan yang menang dijangka akan ke peringkat suku akhir mewakili kumpulan A.

Pendahulu Kumpulan A, Russia dan pasukan tuan rumah dijangka menjadi pilihan untuk mara ke pusingan seterusnya. Namun begitu cabaran pasukan Greece dan Republik Czech tidak boleh dipandang mudah oleh kedua-dua pasukan ini. Dari segi kedudukan, Russia mendahului dengan 4 mata, diikuti oleh Republik Czech, Poland dan Greece masing-masing dengan 3, 2 dan 1 mata. Saingan Kumpulan A masih terbuka luas dan apa-apa pun boleh terjadi dalam Kumpulan ini.

Malam ini juga kita mungkin akan dihiburkan dengan persembahan keempat pasukan pastinya bertungkus lumus menewaskan lawan masing-masing. Dapatkah kita menyaksikan kelibat pemain-pemain seperti Andrey Arshavin, Alan Dzagoev, Robert Lewandoski, Jakub Blaszczykowski, Tomas Rosicky, Vaclav Pilar dan Giorgos Karagounis beraksi cemerlang untuk pasukan masing-masing. Sama-sama kita saksikan perlawanan malam ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa