Nuffnang Ads

Ahad, 17 Jun 2012

Euro 2012 : Penentuan Kumpulan B


Pagi ini bakal menyaksikan dua lagi perlawanan bagi Kumpulan B yang mana saingan ke suku akhir masih terbuka walaupun peluang pasukan pilihan Belanda dilihat tipis. Belanda akan menentang satu lagi pasukan pilihan Portugal yang mana kedua-dua pasukan mengharapkan kemenangan di samping mengharapkan Jerman menewaskan Denmark dalam satu lagi saingan kumpulan.

Pertemuan Belanda dan Portugal dijangka sengit kerana kedua-dua pasukan ini sudah tentunya tidak mahu pulang awal seperti yang terjadi kepada pasukan pilihan Kumpulan A, Russia yang sudah boleh mengucapkan selamat tinggal untuk kejohanan ini. Belanda dijangka bermain bermati-matian kerana mereka perlu menang dengan jaringan yang besar bagi mengatasi pasukan Denmark. Mereka dijangka menurunkan barisan terkuat mereka untuk memburu jaringan diketuai oleh Robin Van Persie, Wesley Sneijder dan Arjen Robben di samping mengharapkan barisan pertahanan mereka mampu mengekang asakan Portugal. Portugal juga sudah pasti tidak akan memberi saingan mudah kepada Belanda kerana mereka juga terdesak mahukan kemenangan. Ketua pasukan mereka, Cristiano Ronaldo dijangka mengetuai barisan hadapan dibantu oleh Nani dan Helder Postiga. Saingan ini dijangka akan berakhir dengan keputusan yang dramatik.

Dalam satu lagi pertemuan, pasukan Jerman dijangka tidak menghadapi masalah untuk menewaskan pasukan Denmark dengan gandingan penyerang mereka Mario Gomez dan Lukas Podolski dijangka memberikan kesukaran kepada benteng Denmark yang diketuai oleh ketua pasukan Daniel Agger. Namun begitu cabaran pasukan Denmark tidak boleh dipandang ringan kerana mereka mampu menundukkan pasukan pilihan Belanda selain mampu memberikan saingan sukar kepada Portugal dalam perlawanan kedua kumpulan tempoh hari. 

Pemenang Kumpulan B dijadualkan menentang Greece selaku naib juara Kumpulan A manakala naib juara Kumpulan B akan menentang juara Kumpulan A Republik Czech pada pusingan suku akhir. Perebutan pasukan untuk mara ke suku akhir masih terbuka namun Jerman dan Portugal dijangka akan ke pusingan seterusnya.

Semoga kita dapat menyaksikan aksi terbaik untuk perlawanan malam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa