Nuffnang Ads

Ahad, 17 Jun 2012

Piala AFC 2012 : Kelantan diundi bertemu Arbil FC (Iraq)

Kelantan FA
Juara Piala FA 2012, Kelantan The Red Warriors yang mewakili cabaran Malaysia berdepan laluan sukar untuk ke peringkat separuh akhir Piala AFC apabila diundi menentang kelab dari Iraq, Arbil dalam saingan peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung secara timbal balik pada 18 dan 25 September 2012 ini. Pemenang perlawanan akan menentang sama ada kelab Chonburi dari Thailand atau kelab Al-Syorta dari Syria di pusingan separuh akhir.

Arbil FC
Keita Mandjou
Kelantan dijangka membuat persiapan rapi bagi menentang kelab Arbil ini dengan menyenaraikan beberapa muka baru termasuk bekas pemain import sensasi, Keita Mandjou yang pernah mewakili pasukan Liga Super Perak. Tidak mustahil, Kelantan mampu melakukan kejutan di bawah pimpinan jurulatih Bojan hodak seterusnya membanggakan bola sepak negara.

Selamat maju jaya untuk pasukan Kelantan. Gomo Kelate Gomo.. Kelate meme Terbaikkk...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa