Nuffnang Ads

Sabtu, 9 Jun 2012

Preview Euro 2012 : Kumpulan B


Malam ini akan menyaksikan aksi pembukaan untuk kumpulan B di mana Juara Euro 1988, Belanda akan bertemu Juara Euro 1992, Denmark manakala Juara Euro 3 kali, Jerman pula akan bertemu naib juara Euro 2004, Portugal. Kumpulan B ini adalah "Group of Death" atau Kumpulan Maut. Kemenangan ke atas lawan masing-masing pastinya membuka peluang kepada pasukan untuk mara ke peringkat seterusnya.

Jika dilihat dalam kumpulan ini, pasukan Belanda dan Jerman bolehlah dianggap sebagai pasukan pilihan untuk mara ke pusingan suku akhir berdasarkan kepada barisan pemain berbakat serta serba boleh di setiap posisi yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan. Namun cabaran pasukan Portugal dan Denmark tidak boleh dipandang ringan oleh pasukan Belanda dan Jerman.

Berdasarkan kepada prestasi semasa pasukan, Belanda mungkin akan memenangi perlawanan bertemu Denmark ini dengan jaringan yang selesa manakala bagi dalam satu lagi perlawanan, Jerman mungkin akan mendapat tentangan hebat Portugal tetapi mereka akan mencapai kemengangan tipis. Semoga malam ini kita akan dapay menyaksikan kualiti permainan menarik keempat-empat pasukan kumpulan B.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa