Nuffnang Ads

Ahad, 10 Jun 2012

Preview Euro 2012 : Kumpulan C

Malam ini akan menyaksikan pertembungan pembukaan untuk Kumpulan C di mana juara bertahan, Sepanyol akan bertemu Itali manakala Croatia akan bertemu Republik Ireland. Setelah menyaksikan aksi kumpulan B semalam yang mana pasukan Jerman dan Denmark hanya menang dengan jaringan tipis, malam ini dijangkakan akan tercipta lagi beberapa jaringan daripada pemain-pemain handalan pasukan dalam Kumpulan C.

Pada perlawanan pertama Kumpulan C, juara bertahan Euro 2008, Sepanyol akan bertemu dengan pasukan Itali. Jika dianalisa, pertemuan ini dijangka mungkin akan berpihak kepada pasukan Sepanyol memandangkan pasukan mereka mempunyai kekuatan seimbang di setiap posisi dengan ketua pasukan Iker Casillas di posisi penjaga gol, Sergio Ramos dan Pique di pertahanan, Xabi Alonso, Andres Iniesta, Xavi di tengah manakal Fernando Torres di posisi penyerang. Pasukan Itali yang dilanda masalah rasuah dalam liga tempatan pastinya sedikit terkesan dengan kehilangan Domenico Criscito yang digugurkan selain kekalahan memalukan 0-3 kepada Russia dalam perlawanan pemanas badan sebelum sepak mula Euro 2012 Poland-Ukraine. Cabaran pasukan Itali akan diketuai oleh penjaga gol berpengalaman Gianluigi Buffon dan Adrea Pirlo di posisi tengah manakala pemain sensasi Mario Balotelli di posisi serangan.

Dalam satu lagi perlawanan iaitu antara Croatia dan Republik Ireland, kekuatan kedua-dua pasukan dilihat seimbang. Pasukan Croatia diketuai oleh Darijo Srna selaku ketua pasukan dijangka akan menurunkan pemain sensasi mereka Luka Modric bagi membantu serangan. Bagi pasukan Republik Ireland pula, Robbie Keane dijangka mengetuai jentera serangan dibantu oleh pemain tengah Aiden McGready dalam mencorakkan serangan. Perlawanan ini dijangka berkesudahan dengan kemenangan tipis tidak kira sama ada Croatia atau Republik Ireland dengan keputusan 1-0 atau 2-1. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa