Nuffnang Ads

Isnin, 11 Jun 2012

Preview Euro 2012 : Kumpulan D


Malam ini, Kejohanan Euro 2012 Poland-Ukraine akan menyaksikan perlawanan pembukaan untuk Kumpulan D menemukan 2 pasukan pilihan kumpulan D iaitu Perancis dan England manakala satu lagi pertemuan adalah antara pasukan tuan rumah bersama Ukraine bertemu Sweden. Perlawanan malam ini pastinya akan menyajikan aksi mendebarkan di mana setiap pasukan pasti ingin mencapai kemenangan yang akan menghidupkan peluang mereka ke pusingan suku akhir kejohanan ini.
Dalam perlawanan pertama, juara Eropah edisi 1984 dan 2000 Perancis akan bertemu dengan England yang kehilangan beberapa tonggak akibat kecederaan, penggantungan dan tidak terpilih menyertai pasukan. Jika dilihat daripada kekuatan pasukan, Perancis dilihat mempunyai kelebihan dengan bintang mereka Franck Ribery, Samir Nasri dan Karim Benzema mengetuai barisan hadapan skuad Les Blues itu. Namun begitu, cabaran skuad Three Lions itu tidak boleh dipandang mudah dengan Gerrard dan Parker akan menjadi tunjang pasukan di tengah padang. Penggantungan 2 perlawanan yang dikenakan kepada penyerang utama mereka, Wayne Rooney membolehkan seorang lagi pemain Manchester United, Danny Welbeck diturunkan untuk mengetuai jentera serangan pasukan England. Dijangkakan perlawanan ini dijangka berkesudahan dengan keputusan seri. 


Pertemuan antara pasukan tuan rumah, Ukraine dan Sweden juga dijangka menarik kerana kedua-dua pasukan pastinya inginkan kemenangan bagi mencabar kedua-dua pasukan pilihan ini. Shevchenko dan Ibrahimovic dijangka akan memainkan watak penting pasukan masing-masing dalam merobek kubu pihak lawan. Ukraine mungkin dilihat berkelebihan bermain di gelanggang sendiri selain sokongan padu penyokong bola sepak mereka yang mengharapkan pasukan mereka mencapai kemenangan mutlak ke atas Sweden. Dijangkakan perlawanan ini akan memihak kepada Ukraine dengan kemenangan tipis ke atas Sweden.


Semoga kita dapat menyaksikan persembahan yang berkualiti daripada keempat-empat pasukan ini seterusnya kehangatan saingan terus membara di kalangan peminat-peminat bola sepak seluruh dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa