Nuffnang Ads

Jumaat, 8 Jun 2012

Preview Euro 2012 : Kumpulan A

Malam ini akan menyaksikan Kejohanan Bola Sepak berprestij Eropah Euro 2012 Poland - Ukraine akan membuka saingan dengan pasukan dalam Kumpulan A akan melakukan sepak mula kejohanan. Perlawanan pertama kejohanan menyaksikan pasukan tuan rumah Poland akan menentang Juara Euro 2004, Greece manakala perlawanan kedua pula menyaksikan Russia menentang Republik Czech. Pastinya saingan sengit akan dapat disaksikan oleh peminat-peminat bola sepak di seluruh negara.  
Untuk saingan pembukaan ini, pasukan tuan rumah Poland diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk menang menentang Greece. Bagaimanapun saingan pasukan Greece tidak harus dipandang ringan oleh Poland kerana mereka telah membuktikan pada tahun 2004 di mana mereka telah berjaya melakukan kejutan sekaligus menjuarai kejohanan Euro 2004 Portugal dengan mengejutkan pasukan-pasukan handalan Eropah yang lain.
Dalam perlawanan kedua pula, kekuatan pasukan Russia dan Rep. Czech dilihat seimbang. Walau bagaimanapun, Russia pastinya diletakkan sebagai pilihan ekoran kejayaan mereka menewaskan Itali dengan jaringan 3-0 dalam perlawanan persahabatan yang lalu. Rep. Czech pastinya akan menyandarkan harapan kepada ketua pasukan Tomas Rosicky untuk menggerakkan pasukan selain Milan Baros yang dijangka diturunkan mengetuai jentera serangan pasukan.  Selain itu, ketangkasan Petr Cech pastinya ditagih oleh pasukannya dalam menjaga gawangnya dari dibolosi oleh pasukan Russia yang diketuai oleh ketua pasukannya, Andrey Ashavin.
Untuk perlawanan kumpulan A pada malam ini, pasukan tuan rumah Poland dijangka mencapai kemenangan dengan pasukan Greece manakala bagi perlawanan antara Russia dan Rep. Czech pula, keputusan yang dijangkakan adalah keputusan seri.

Selamat menonton aksi mendebarkan Euro 2012 Poland-Ukraine untuk semua peminat bola sepak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa