Nuffnang Ads

Selasa, 12 Jun 2012

Preview Euro 2012 : Perlawanan Kedua Kumpulan A

Malam ini Kejohanan Euro 2012 Poland-Ukraine akan menyaksikan pertemuan kedua Kumpulan A melibatkan pertembungan antara pasukan juara Edisi Euro 2004 Greece menentang Republik Czech manakala pasukan tuan rumah Poland akan menentang pasukan pilihan Russia.
Dalam perlawanan pertama malam ini, pasukan Republik Czech pastinya ingin mencapai kemenangan bagi menghidupkan peluang pasukan mereka ke peringkat seterusnya setelah mereka dikecewakan apabila tewas dengan jaringan besar kepada pasukan Russia. Pasukan Greece juga pasti memburu kemenangan setelah mereka sekadar mencatatkan keputusan seri menentang pasukan tuan rumah Poland dalam perlawanan pembukaan Euro 2012. Jika dilihat daripada segi kekuatan pasukan, kedua-dua pasukan dilihat seimbang. Namun begitu, Republik Czech dilihat memiliki sedikit kelebihan di mana Greece kehilangan tonggak pertahanan utama mereka Sokratis Papastathopoulos  yang dibuang padang dalam perlawanan pertama.

Pertemuan antara Poland dan Russia, dilihat sedikit memihak kepada pasukan Russia dengan gandingan ketua pasukan mereka Andrey Arshavin, penjaring dua gol ketika menentang Republik Czech Alan Dragoev dan Roman Pavylyuchenko dilihat mempunyai kelebihan berbanding Poland. Namun begitu, ketajaman penyudah penyerang utama Poland Robert Lewandoski pastinya ditagih oleh pasukannya dalam merobek kubu pasukan Russia. Perlawanan ini dijangka sengit dan diramalkan Russia akan menang tipis ke atas pasukan tuan rumah. Poland juga pasti akan terkesan kerana kehilangan penjaga gol utama mereka, Wojciech Szczeesny dibuang padang dalam perlawanan pertama yang lalu.

Semoga kita semua dapat menyaksikan aksi menarik kedua-dua perlawanan ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa