Nuffnang Ads

Khamis, 7 Jun 2012

Preview : Singapura lwn Malaysia


8 Jun 2012 (Jumaat) ini, pasukan negara akan turun menentang pasukan jiran tetangga Singapura dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Jalan Besar, Singapura pada jam 7.30 petang. Pasukan negara atau Harimau Malaya pastinya akan cuba sedaya upaya untuk menewaskan pasukan Singapura atau The Lions setelah mencatatkan keputusan yang mengecewakan apabila sekadar seri 0-0 dengan pasukan Filipina atau The Azkals dalam aksi pada 1 Jun yang lalu.

Anak-anak buah K.Rajagopal pastinya akan melakukan sesuatu bagi membuktikan pasukan Harimau Malaya berada dalam landasan terbaik untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada edisi yang lalu. Walau bagaimanapun cabaran pasukan The Lions tidak boleh dipandang ringan oleh skuad negara apabila pasukan jiran tetangga ini telah mengecewakan pasukan negara pada Pusingan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia yang lalu denagn kemenangan bergaya 5-3 ke atas skuad negara.
Perlawanan ini adalah salah satu daripada dua perlawanan yang dirancang oleh kedua-dua negara di mana selepas ini pada 12 Jun pasukan Singapura akan bertandang ke Malaysia bagi menghadapi siri kedua perlawanan antarabangsa ini.  Semoga pasukan negara bangkit dari lamunan dan menunjukkan sesuatu kepada penyokong-penyokong bola sepak negara dengan mempamerkan aksi serta persembahan memukau seterusnya menewaskan pasukan jiran tetanggga ini.  Kedua-dua pasukan pastinya akan menurunkan barisan pemain terbaik untuk mencapai kemenangan.

Semoga pasukan negara berjaya dalam misi membalas kekecewaan lalu dengan menumpaskan Singapura. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa