Nuffnang Ads

Selasa, 17 Julai 2012

Bola Sepak Malaysia : Kelantan Buru Lagi Dua Piala

Pasukan Juara Liga Super dan Piala FA 2012, Kelantan The Red Warriors kini menyasarkan untuk merebut dua lagi piala iaitu Piala Malaysia dan Piala AFC bagi melengkapkan koleksi kecemerlangan musim 2012. Dalam saingan Piala Malaysia yang dijadualkan selepas bulan Ramadhan ini, pasukan Kelantan pastinya akan meneruskan rangka persiapan rapi bagi memantapkan pasukan untuk menghadapi saingan pasukan-pasukan lain. Manakala dalam saingan Piala AFC yang telah memasuki peringkat suku akhir, pasukan Kelantan diundi menentang kelab Iraq, Arbil FC dalam perlawanan timbal balik yang dijadualkan berlangsung pada 18 dan 25 September 2012. Tidak mustahil, Kelantan mampu mara lebih jauh seterusnya melangkah ke perlawanan akhir. Semoga pasukan Kelantan meneruskan kecemerlangan serta mengharumkan nama Malaysia dalan saingan kompetitif peringkat Asia  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa