Nuffnang Ads

Sabtu, 14 Julai 2012

Bola Sepak Malaysia : Kelantan Juara Liga Super, ATM Juara Liga Perdana

Liga Bola Sepak berprestij Malaysia telah pun sampai ke penghujungnya dengan pasukan The Red Warriors, Kelantan berjaya mempertahankan Liga Super manakala pasukan yang bergelar Manchester City Malaysia, ATM berjaya menjuarai Liga Perdana seterusnya bakal bersaing dalam Liga Super musim 2013 akan datang.

Saingan musim depan pasti semakin sengit apabila pasukan ATM yang dibarisi ramai bintang-bintang bola sepak negara pastinya akan memberi saingan merebut Liga Super 2013 yang akan menggunakan format baru yang lebih kompetitif. Untuk saingan seterusnya iaitu kejohanan paling berprestij Piala Malaysia yang akan memulakan saingannya selepas bulan Ramadhan, saingan pastinya hebat dengan juara bertahan Negeri Sembilan pastinya akan diberikan saingan sengit oleh pasukan-pasukan lain. Apa-apa pun semoga kerancakan bola sepak Piala Malaysia 2012 menjadi saingan yang mendebarkan kepada semua peminat bola sepak tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa