Nuffnang Ads

Sabtu, 7 Julai 2012

Liga Super Malaysia 2012 : Pemain Import Terbaik

Liga Super Malaysia 2012 semakin menghampiri kemuncaknya dengan perlawanan berbaki 2 dan 3 perlawanan untuk pasukan masing-masing. Dengan perebutan kejuaraan liga tertumpu kepada dua pasukan iaitu Kelantan dan Lions XII di mana kelebihan memihak kepada pasukan The Red Warriors. Perebutan tempat ketiga juga berlangsung dengan rancak dengan Perak, Selangor dan Terengganu hanya dibezakan dengan 2 ke 4 mata sahaja.

Untuk musim 2012 ini, apa yang menarik adalah kehadiran semula pemain import untuk mewarnai semula saingan liga. Terdapat pemain import yang betul-betul berkualiti tinggi dan terdapat juga pemain import yang gagal menunjukkan kehebatan mereka di persada liga. Kehadiran pemain-pemain import dilihat sedikit sebanyak membantu pasukan selain boleh juga mencurahkan kemahiran kepada pemain-pemain tempatan. Berikut adalah antara pemain import yang boleh dianggap berjaya untuk pasukan masing-masing:


Mohammad Ghaddar (Kelantan)


Effa Owana (Negeri Sembilan)


Michal Kubala (Perak)


Bosko Balaban (Selangor)


Francis Forkey Doe (Terengganu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa