Nuffnang Ads

Rabu, 4 Julai 2012

Ranking FIFA Bulan Julai : Malaysia Ke 157 Dunia

Ranking terbaru untuk bulan Julai 2012 yang dikeluarkan oleh FIFA pada 4 Julai 2012 menunjukkan Ranking Pasukan Negara terus merudum apabila Malaysia jatuh tiga anak tangga ke kedudukan ke 157 dunia berbanding 154 dunia pada bulan Jun. Juara Euro 2012, Sepanyol terus unggul di tangga pertama diikuti oleh Jerman, Uruguay, England dan Portugal di kedudukan 5 yang terbaik.

Bagi Ranking pasukan Asia pula, pasukan Jepun, Australia dan Korea Selatan masih unggul sebagai tiga pasukan terbaik Asia masing-masing di Ranking ke 20, 23 dan 28. Manakala pasukan Vietnam masih menjadi pasukan terbaik Asia Tenggara di Ranking yang ke 120 dunia dan yang ke 16 terbaik Asia diikuti oleh pasukan Thailand, Filipina dan Indonesia.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mencari jalan untuk meningkatkan kedudukan Ranking pasukan negara dengan mengaturkan perlawanan antarabangsa berkualiti dengan pasukan-pasukan antarabangsa yang lebih tinggi rankingnya bagi memastikan kedudukan pasukan negara dapat ditingkatkan untuk bulan akan datang. Semoga ranking pasukan negara berjaya ditingkatkan untuk bulan Ogos 2012.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa