Nuffnang Ads

Isnin, 6 Ogos 2012

Olimpik 2012 : Usain Bolt The World Fastest Men's

Pada 5 Ogos 2012 yang lalu, telah berlangsung saingan yang mendebarkan serta ditunggu ramai bagi menentukan juara 100m Olimpik 2012. Pemegang rekod dunia, Usain Bolt dari Jamaica yang merupakan pilihan utama untuk mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Sukan Olimpik Beijing 2008, sekali lagi membuktikan beliau memang layak digelat manusia terpantas dunia apabila memenangi pingat emas dengan rekod baru Sukan Olimpik dengan kepantasan 9.63s diikuti oleh rakan senegaranya, Yohan Blake untuk pingat perak dengan 9.75s dan Justin Gatlin dari USA memenangi gangsa dengan 9.79s. 

Dalam saingan acara 200 Meter yang telah berlangsung pada 9 Ogos 2012, Usain Bolt sekali lagi membuktikan beliau merupakan pelari pecut terpantas dunia apabila berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada Temasya Olimpik Beijing 2008 apabila sekali lagi meraih emas menewaskan rakan senegaranya, Yohan Blake dan Warren Weir dengan kepantasan 19.32s.



 

 
Usain "Lightning" Bolt Profile

Sumber : AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa