Nuffnang Ads

Rabu, 31 Oktober 2012

Football : Coach of the Year Award Nominees

Jurulatih memainkan peranan penting dalam membantu pencapaian pasukan yang dilatih. Bagi menghargai sumbangan mereka kepada pasukan, Anugerah Jurulatih Tahunan Terbaik diadakan khas untuk jurulatih sama ada pasukan negara mahupun kelab. Pada tahun 2011, Jurulatih FC Barcelona ketika itu, Pep Guardiola telah dipilih sebagai jurulatih tahunan terbaik. Untuk tahun 2012 ini, dijangkakan jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque akan memenangi anugerah ini.  Berikut ialah senarai pendek 10 jurulatih yang dicalonkan untuk Anugerah FIFA bagi jurulatih tahunan terbaik untuk tahun 2012 : 


Football : Ballon d'Or 2012 Nominees

Anugerah pemain bolasepak terbaik dunia atau FIFA Ballon d'Or 2012 akan berlangsung pada 7 Januari 2013 di Zurich Kongresshaus, Switzerland. Beberapa kategori dipertandingkan di mana kategori yang pastinya menjadi tumpuan ramai adalah anugerah pemain bolasepak lelaki terbaik. Pada tahun lalu, pemain sensasi Argentina yang mewakili kelab FC Barcelona berjaya merangkul gelaran tersebut menewaskan rakan sekelab beliau Xavi Hernandez (Sepanyol/FC Barcelona) serta Cristiano Ronaldo (Portugal/Real Madrid). Untuk tahun ini, seramai 23 pemain telah disenarai pendekkan oleh FIFA untuk merebut gelaran FIFA Ballon d'Or 2012. Sekali lagi Lionel Messi dicalonkan dan diramalkan beliau akan sekali lagi terpilih memenangi gelaran tersebut walaupun beliau tewas kepada Andres Iniesta (Sepanyol/FC Barcelona) dalam anugerah pemain bolasepak terbaik Eropah tahun ini. Setiap pemain yang disenarai pendekkan ini mempunya keleihan serta kekuatan masing-masing. Berikut adalah senarai 23 pemain untuk merebut gelaran FIFA Ballon d'Or 2012 :

Khamis, 25 Oktober 2012

Bola Sepak : Perlawanan Persahabatan Malaysia November 2012

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengatur 3 perlawanan antarabangsa untuk pasukan bimbingan Datuk K. Rajagopal pada bulan November 2012 sebagai rangka persiapan pasukan Harimau Malaya mempertahankan Piala AFF Suzuki yang telah dimenangi pada edisi 2010 yang lalu. Bermula pada 3 November ini, pasukan negara akan bertandang ke Vietnam sebagai misi membalas dendam kekalahan 0-2 pada perlawanan persahabatan yang diadakan pada 11 September 2012 di Stadium Shah Alam. Skuad Harimau Malaya seterusnya dijadualkan menentang pasukan terbaik dalam ranking ASEAN, Thailand pada 7 November di Chiang Mai manakala pada 14 November pula dijadualkan bertemu pasukan Hong Kong di Stadium Shah Alam. Berikut adalah senarai 28 pemain yang terpilih menyertai kem negara bagi menghadapi kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 :

Calon Pemain Utama :

Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah); Mohd Bunyamin Umar, Norazlan Razali, Safiq Rahim (Selangor); Mohd Farizal Marlias, S Kunanlan (Negeri Sembilan); Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha, S Subramaniam, Nik Shahrul Azim Abdul Halim (Kelantan); Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Faizal Muhamad (Terengganu); Azamuddin Mohd Akil, R Gopinathan (Pahang); Gary Steven Robbat, Mahalli Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A); Amiridzwan Taj Tajudin, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak, Mohd Azmi Muslim (ATM); Ahmad Fakri Saarani, Yong Kuong Yong (FELDA United); dan Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya).

Calon Pemain Simpanan:

Mohd Amri Yahyah (Selangor), Ahmad Shakir Mohd Ali (Negeri Sembilan), D. Christie Jayaselan, Irwan Fadzli Idrus (ATM); Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Izham Tarmizi Roslan (Harimau Muda A).



Football : African Cup of Nations 2013 Groups

 
African Cup of Nations
2013 Groups

Undian Kumpulan Piala Juara-Juara Afrika telahpun dijalankan di Durban, Afrika Selatan pada 24 Oktober 2012 yang lalu. Saingan akan bermula pada 19 Januari 2013 sehingga 10 Februari 2013. Ivory Coast, Ghana dan Juara bertahan Zambia dilihat sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan ini. Namun begitu, cabaran daripada pasukan lain juga tidak harus dipandang mudah. Berikut ialah kedudukan kumpulan untuk kejohanan Edisi ke 29 akan datang :

GROUP A :

GROUP B : 

GROUP C :

GROUP D :

Selasa, 23 Oktober 2012

Tennis : ATP & WTA World Rankings


ATP & WTA Rankings (Top 10)

Tenis merupakan salah satu sukan kegemaran ramai. Sepanjang tahun terdapat 4 kejohanan besar ataupun Kejohanan Grand Slam selain kejohanan Master serta kejohanan-kejohanan lain. Berikut adalah kedudukan terkini ranking tenis dunia bagi kategori lelaki & wanita :


Ahad, 21 Oktober 2012

Bola Sepak : Sorotan Liga Malaysia 2012

Liga Malaysia 2012 telahpun melabuhkan tirainya dengan saingan akhir Piala Malaysia 2012 antara Kelantan dan ATM FA merupakan aksi terakhir Liga Malaysia untuk tahun 2012. Dengan Kelantan mencatat kejayaan treble dengan memenangi saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia ianya merupakan pencapaian gemilang buat The Red Worriors gergasi baru bola sepak tempatan. Berikut ialah sorotan pasukan yang berjaya memenangi saingan Piala kejuaraan bola sepak tempatan serta pemain yang menjadi penjaring terbanyak kejohanan liga Malaysia bagi tahun 2012 :


  

Jumaat, 19 Oktober 2012

Football : African Cup of Nations 2013

Piala Negara-Negara Afrika 2013 akan berlangsung di Afrika Selatan bermula pada 19 Januari 2013 sehingga 10 Februari 2012. Dengan beberapa pusingan kelayakan telah dijalankan, 14 pasukan telah mengesahkan penyertaan untuk kejohanan edisi ke 29 di mana pasukan tuan rumah, Afrika Selatan dan juara bertahan, Zambia layak secara automatik. Undian kumpulan akan berlangsung pada 24 Oktober 2012 ini di Durban di mana 16 pasukan ini dibahagikan kepada 4 pot mengikut pasukan pilihan.  Berikut adalah 4 pot sebelum pengundian dijalankan.

POT 1 :


POT 2 :


POT 3:


POT 4:

Rabu, 17 Oktober 2012

Football : World Cup 2014 CONCACAF Group

World Cup 2014 CONCACAF Group (6 Teams)

Pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil bagi zon CONCACAF telah pun sampai ke pusingan akhir di mana 6 pasukan terbaik bagi Zon CONCACAF akan bersaing merebut 3 tempat secara automatik ke Brazil. Pasukan yang mendapat tempat keempat pusingan kelayakan Zon CONCACAF turut berpeluang mara ke pusingan akhir di Brazil tetapi perlu bertemu Juara Zon OCENIA bagi menentukan pasukan yang akan mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan datang. Dengan pasukan Mexico dan USA dilihat sebagai pasukan pilihan untuk mara, 4 lagi pasukan iaitu Honduras, Jamaica, Costa Rica dan Panama juga pastinya akan memberi saingan bagi merebut slot ke Piala Dunia 2014 akan datang. Berikut adalah 6 pasukan yang mengesahkan penyertaan ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon CONCACAF :

Ahad, 14 Oktober 2012

Football : World Cup 2014 AFC Qualifying Groups

Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia telah sampai ke pusingan ketiga di mana 10 pasukan dibahagikan kepada 2 Kumpulan untuk menentukan 4 slot automatik diisi oleh pasukan bola sepak dari Asia manakala pasukan di tangga ketiga akan bersaing secara playoff untuk menentukan pasukan mana yang akan bermain playoff bersama pasukan Zon Ocenia untuk satu lagi slot ke pusingan akhir 2014 di Brazil. Dengan Jepun dan Korea Selatan dilihat menguasai kumpulan masing-masing, tidak mustahil kedua-dua negara ini akan layak sekali lagi ke pusingan akhir 2014 akan datang. Berikut adalah kumpulan kelayakan Piala Dunia 2014 bagi  Zon Asia :



Bolasepak : Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012

Saingan Piala Malaysia 2012 semakin sampai ke kemuncaknya dengan perlawanan akhir akan menemukan 2 pasukan juara liga masing-masing iaitu Juara Liga Super 2012, Kelantan bertemu ATM FA iaitu Juara Liga Perdana 2012. Perlawanan ini pastinya sengit apatah lagi kedua-dua pasukan ini yang dilihat mempunyai kekuatan yang seimbang antara satu sama lain.

Pasukan Kelantan pastinya mencari kejuaraan treble musim ini selepas berjaya memenangi saingan Liga Super dan Piala FA manakala pasukan ATM FA yang juga digelar "Manchester City" Malaysia juga tidak mahu ketinggalan untuk mencipta sejarah kegemilangan persada bola sepak tempatan dan kebanggaan pasukan mereka setelah berjaya merangkul kejuaraan Liga Perdana 2012 serta akan bersaing dalam Liga Super 2013 akan datang. Pasukan ATM FA telah membuktikan bahawa pelaburan pasukan yang mereka lakukan pada musim ini adalah amat berbaloi dengan membawa pemain-pemain berstatus bintang memperkuatkan pasukan mereka.

Semoga peminat bola sepak tempatan akan dapat menyaksikan perlawanan penuh bersejarah ini pada 20 Oktober 2012 (Sabtu), jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam dengan satu kualiti permainan yang tinggi dan terpuji.   

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa