Nuffnang Ads

Ahad, 14 Oktober 2012

Bolasepak : Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012

Saingan Piala Malaysia 2012 semakin sampai ke kemuncaknya dengan perlawanan akhir akan menemukan 2 pasukan juara liga masing-masing iaitu Juara Liga Super 2012, Kelantan bertemu ATM FA iaitu Juara Liga Perdana 2012. Perlawanan ini pastinya sengit apatah lagi kedua-dua pasukan ini yang dilihat mempunyai kekuatan yang seimbang antara satu sama lain.

Pasukan Kelantan pastinya mencari kejuaraan treble musim ini selepas berjaya memenangi saingan Liga Super dan Piala FA manakala pasukan ATM FA yang juga digelar "Manchester City" Malaysia juga tidak mahu ketinggalan untuk mencipta sejarah kegemilangan persada bola sepak tempatan dan kebanggaan pasukan mereka setelah berjaya merangkul kejuaraan Liga Perdana 2012 serta akan bersaing dalam Liga Super 2013 akan datang. Pasukan ATM FA telah membuktikan bahawa pelaburan pasukan yang mereka lakukan pada musim ini adalah amat berbaloi dengan membawa pemain-pemain berstatus bintang memperkuatkan pasukan mereka.

Semoga peminat bola sepak tempatan akan dapat menyaksikan perlawanan penuh bersejarah ini pada 20 Oktober 2012 (Sabtu), jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam dengan satu kualiti permainan yang tinggi dan terpuji.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa