Nuffnang Ads

Ahad, 7 Oktober 2012

Bolasepak : Separuh Akhir

Piala Bola Sepak kebanggaan negara Piala Malaysia  semakin hampir ke penghujungnya di mana peringkat separuh akhir pertama telah berlangsung pada 5 Oktober dan 6 Oktober yang lalu dengan pasukan tuan rumah Lions XII dan Kelantan melayan kunjungan ATM FA dan Selangor. Seperti dijangkakan saingan sengit telah disajikan oleh keempat-empat pasukan ini di mana Lions XII sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan ATM FA manakala Kelantan berkelebihan 1 gol dengan kemengan 1-0 dengan Selangor di laman sendiri. Peluang keempat-empat pasukan masih terbuka dan saingan separuh akhir kedua yang dijangkakan berlangsung pada 12 Oktober ini. Semoga keempat-empat pasukan mempamerkan perlawanan yang menarik kepada peminat bola sepak tempatan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa