Nuffnang Ads

Rabu, 31 Oktober 2012

Football : Ballon d'Or 2012 Nominees

Anugerah pemain bolasepak terbaik dunia atau FIFA Ballon d'Or 2012 akan berlangsung pada 7 Januari 2013 di Zurich Kongresshaus, Switzerland. Beberapa kategori dipertandingkan di mana kategori yang pastinya menjadi tumpuan ramai adalah anugerah pemain bolasepak lelaki terbaik. Pada tahun lalu, pemain sensasi Argentina yang mewakili kelab FC Barcelona berjaya merangkul gelaran tersebut menewaskan rakan sekelab beliau Xavi Hernandez (Sepanyol/FC Barcelona) serta Cristiano Ronaldo (Portugal/Real Madrid). Untuk tahun ini, seramai 23 pemain telah disenarai pendekkan oleh FIFA untuk merebut gelaran FIFA Ballon d'Or 2012. Sekali lagi Lionel Messi dicalonkan dan diramalkan beliau akan sekali lagi terpilih memenangi gelaran tersebut walaupun beliau tewas kepada Andres Iniesta (Sepanyol/FC Barcelona) dalam anugerah pemain bolasepak terbaik Eropah tahun ini. Setiap pemain yang disenarai pendekkan ini mempunya keleihan serta kekuatan masing-masing. Berikut adalah senarai 23 pemain untuk merebut gelaran FIFA Ballon d'Or 2012 :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa