Nuffnang Ads

Rabu, 28 November 2012

Football : FIFA FIFPRO World XI 2012

FIFA FIFPRO World XI 2012 merupakan anugerah tahunan untuk mencari 11 pemain terbaik dunia bagi tahun 2012. FIFA telah mengeluarkan senarai pendek 55 orang pemain terbaik yang telah dipilih oleh 50,000 pemain profesional. Senarai ini terdiri daripada 5 penjaga gol, 20 pemain pertahanan, 15 pemain tengah serta 15 penyerang. Senarai FIFA FIFPRO World XI 2012 akan diumumkan pada malam gala FIFA di Zurich Kongresshaus pada 7 Januari 2013. Berikut ialah senarai 55 orang pemain mengikut posisi :

PENJAGA GOL (5)


PERTAHANAN (20)

 
TENGAH (15)

 
PENYERANG (15)

Selasa, 27 November 2012

Formula 1 : Top 10 Driver

Cabaran Perlumbaan Formula 1 telah pun berakhir di mana Litar F1 Brazil menjadi penutup perlumbaan musim 2012. Persaingan sengit pemandu bagi menentukan pemenang keseluruhan antara 2 pelumba iaitu juara bertahan Sebastian Vettel dari pasukan Red Bul Racing-Renault dan Fernando Alonso dari Ferrari menyaksikan kejuaraan milik pelumba Jerman iaitu Vettel dengan hanya dibezakan 3 mata sahaja. Berikut ialah kedudukan terakhir 10 pemandu terbaik bagi musim 2012 ini :

Jumaat, 23 November 2012

Bola Sepak : Senarai 22 Pemain Malaysia ke Piala AFF Suzuki 2012

 
Datuk K. Rajagopal, pengendali skuad Harimau Malaya telah mengumumkan senarai rasmi 22 orang pemain yang akan menggalas cabaran skuad negara ke kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 yang akan berlangsung dari 24 November sehingga 22 Disember 2012. Seperti dijangka, penjaga gol Harimau Muda A, Izham Tarmizi serta pemain pertahanan berpengalaman, Irwan Fazli Idrus digugurkan daripada senarai akhir pemain ke kejohanan berprestij bola sepak ASEAN ini. Skuad Malaysia selaku juara bertahan Piala AFF Suzuki, diletakkan dalam Kumpulan B bersama seteru utama Singapura, Indonesia dan Laos akan diketuai oleh ketua pasukan Shafiq Rahim. Semoga prestasi buruk yang ditunjukkan dalam siri perlawanan persahabatan antaranbangsa tidak akan diulangi. Semoga berjaya buat pasukan negara.
 
Berikut adalah senarai 22 orang pemain yang akan menggalas cabaran negara dalam Piala AFF Suzuki 2012 :

PENJAGA GOL
 
PERTAHANAN
 
TENGAH
 
SAYAP
 
PENYERANG


Rabu, 21 November 2012

Football : Championship, League 1 & League 2 Clubs

 
Saingan Liga Kejuaraan, Liga Divisyen 1 dan Liga Divisyen 2 England semakin rancak berlangsung. Kesemua kelab-kelab terlibat bersaing merebut tempat ke saingan lebih tinggi serta mengelakkan pasukan mereka tersingkir ke liga peringkat bawahan. Berikut adalah 24 pasukan yang bersaingan dalam  Liga Kejuaraan, Liga Divisyen 1 dan Liga Divisyen 2 England :
 
Liga Kejuaraan


Liga Divisyen 1


Liga Divisyen 2

Isnin, 19 November 2012

Football : FIFA Club World Cup Japan 2012

Kejohanan Bola Sepak Piala Kelab-Kelab Dunia 2012 akan berlangsung di Jepun bermula 6 Disember sehingga 16 Disember. Kejohanan ini melibatkan juara kelab-kelab di benua masing-masing. Chelsea yang memenangi Piala Juara-Juara Eropah 2012 pastinya diletakkan sebagai pilihan untuk menjuarai kejohanan kali ini. Cabaran terdekat kelab Chelsea kemungkinan adalah kelab Brazil, Corinthians. Namun begitu, cabaran kelab-kelab lain pastinya menjanjikan cabaran sengit untuk kejohanan di Jepun kali ini. Kejohanan tahun ini merupakan kejohanan Edisi ke 9 setelah kali pertama diadakan pada tahun 2000. Berikut adalah pasukan-pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan ini :

Jadual Perlawanan

6 Disember 2012 (Khamis)
P1: Sanfrecce Hiroshima vs Aucland City FC (1-0)

9 Disember 2012 (Ahad)
P2 : Ulsan Hyundai vs Monterrey (1-3)
P3 : Sanfrecce Hiroshima vs Al-Ahly (1-2)

12 Disember 2012 (Rabu)
P4 : Ulsan Hyundai vs Sanfrecce Hiroshima (2-3)
P5 : Al-Ahly vs Corinthians (0-1)

13 Disember 2012 (Khamis)
P6 : Monterrey vs Chelsea (1-3)
 
15 Disember 2012 (Sabtu)

P7 : Al-Ahly vs Monterrey (0-2)  
 
16 Disember 2012 (Ahad)

P8 : Corinthians vs Chelsea (1-0)

Football : Portugal, Russia & Scotland Premier League Clubs

 
Liga-liga disekitar Eropah sedang rancak berjalan. Berikut adalah kelab-kelab dalam Liga utama Portugal, Russia dan Scotland :
 
Portugal (16 Kelab)
 
 
Russia (16 Kelab)
 
 
Scotland (12 Kelab)
 

Khamis, 15 November 2012

Football : Football Youths Prospect

Pembangunan bolasepak di peringkat akar umbi iaitu bermula dari setiap peringkat umur telah banyak melahirkan bintang-bintang bolasepak terkemuka dunia. Sebagai contoh, FC Barcelona telah berjaya mengesan bakat Lionel Messi ketika beliau bersama pasukan remaja kelab Newell's Old Boys lagi. Selain itu, kelab-kelab bolasepak eropah serta kelab-kelab di Amerika Latin banyak menghasilkan bakat-bakat ternama persada bolasepak dunia. Antara negara yang boleh dianggap berjaya menghasilkan pelapis bolasepak ialah Sepanyol, Brazil, England, Perancis, Argentina, Itali dan Jerman Berikut adalah antara beberapa prospek masa depan bolasepak di masa akan datang :

Selasa, 13 November 2012

Football : Barclays Premier League Team Kits

Musim 2012/2013 semakin rancak. Persaingan kelab-kelab dalam liga juga menyaksikan setiap pasukan mempamerkan aksi terbaik untuk menjarakkan mata selain bersaing bagi mengelakkan penyingkiran. Berikut adalah jersi di tempat sendiri dan jersi di tempat lawan yang digunakan untuk musim 2012/2013 yang sedang berlangsung sehungga bulan Mei 2013 akan datang :


 
HOME KITS
 

 
AWAY KITS



Isnin, 12 November 2012

Bola Sepak : Prospek Bola Sepak Malaysia

Malaysia sebenarnya tidak ketandusan bakat-bakat baru bola sepak yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Pemain-pemain muda Malaysia yang beraksi untuk pasukan Harimau Muda di setiap peringkat umur semakin mendapat perhatian daripada kelab-kelab Eropah dan Asia. Lihat sahaja bagaimana bakat pemain berusia 18 tahun, Nazmi Faiz Mansor yang berjaya mendapat perhatian kelab Divisyen 1 Portugal, FC Beira Mar untuk menandatangani pemain Harimau Muda A ini. Selain itu, kejayaan anak-anak buah jurulatih Ong Kim Swee dalam menjuarai kejohanan jemputan di Indonesia dan Vietnam juga jelas menunjukkan masa depan cerah pasukan negara di masa akan datang. Berikut adalah beberapa bakat-bakat muda bola sepak Malaysia yang dijangka mempunyai masa depan yang cerah dalam persada bola sepak Malaysia pada masa akan datang :


Sabtu, 10 November 2012

Football : Europe Major League Clubs

 
Saingan liga-liga utama Eropah telahpun masuk bulan ke 4 di mana kelab-kelab yang bersaing mempamerkan persembahan terbaik daripada pasukan masing-masing dalam usaha menjarakkan mata daripada pasukan lawan. Berikut adalah kelab-kelab yang bertanding dalam saingan Liga Utama Eropah musim 2012/2013 : 
 
BPL (20 CLUBS)
 
 
PRIMERA LIGA (20 CLUBS)
 
 
SERIE A (20 CLUBS)
 
 
BUNDESLIGA (18 CLUBS)
 
 
EREDIVISIE (18 CLUBS)
 
 
LIGUE 1 (20 CLUBS)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa