Nuffnang Ads

Isnin, 31 Disember 2012

Football : Top 10 Asian Players of 2012

Pemain-pemain bola sepak dari Asia semakin hari semakin mendapat perhatian dunia bola sepak. Sehingga kini, terdapat ramai pemain-pemain Asia yang bermain serta menjalani latihan di kelab-kelab bola sepak terkemuka dunia. Berdasarkan laman web ESPN Soccernet, berikut adalah 10 pemain terbaik Asia tahun 2012 yang telah dipilih berdasarkan prestasi mereka di peringkat kelab dan peringkat kebangsaan :
 

Sabtu, 29 Disember 2012

Football : Barclays Premier League Team Captain


Ketua Pasukan memainkan peranan penting dalam setiap pasukan. Selaku ketua, beliau mampu menaikkan semangat pemain selain menjadi pemimpin di padang. Untuk musim 2012/2013, setiap pasukan telah melantik ketua pasukan masing-masing. Walaubagaimanapun, jika ketua pasukan tidak bermain, pemain lain akan dilantik untuk memegang peranan sebagai Ketua Pasukan. Berikut ialah ketua pasukan untuk BPL musim ini :  

Jumaat, 28 Disember 2012

Rugby : IRB World Ranking

Kedudukan ranking semasa Rugbi yang dikeluarkan oleh International Rugby Board (IRB) menyaksikan juara dunia, New Zealand atau All-Blacks masih mengekalkan kedudukan sebagai pasukan nombor 1 dunia. Berikut adalah kedudukan semasa 20 pasukan terbaik dunia : 

Cycling : Le Tour de France 2012 Winner

Kejohanan Lumba Basikal Antarabangsa Le Tour de France 2012 telah diadakan pada 30 Jun 2012 sehingga 22 Julai 2012. Kejohanan kali ini merupakan kejohanan buat kali ke 99 dan merupakan antara kejohanan jelajah lumba basikal terbaik dunia pada masa kini. Perlumbaan tahun ini melibatkan 1 peringkat Prologue serta 20 peringkat perlumbaan. Berikut ialah senarai pemenang kejohanan Le Tour de France 2012 :
 

Khamis, 27 Disember 2012

Cycling : Le Tour de Langkawi 2013

Kejohanan Lumba Basikal Antarabangsa Le Tour de Langkawi 2013 merupakan edisi ke-18 sejak ianya diadakan pada tahun 1996.  Perlumbaan edisi ke-18 ini akan bermula pada 21 Februari 2013 di Kangar dan tamat di Kuala Terengganu pada 2 Mac 2013. Sebanyak 10 peringkat perlumbaan akan dilangsungkan melibatkan jarak sejauh 1467.9 km. Untuk kejohanan kali ini, 22 pasukan akan mengambil bahagian di mana beberapa pasukan berstatus pro juga akan menyertai kejohanan ini. Berikut ialah 10 peringkat perlumbaan kejohanan untuk tahun 2013 akan datang :

Peringkat 1 :
Kangar - Kulim (162.7 km)

Peringkat 2 :
Serdang - Kuala Kangsar (116.0 km)

Peringkat 3 :
Sungai Siput - Cameron Highlands (145.4 km)

Peringkat 4 :
Tapah - Kapar (168.0 km)

Peringkat 5 :
Proton Shah Alam - Genting Highlands (110.3km)

Peringkat 6 :
Mentakab - Kuantan (212.8 km)

Peringkat 7 :
Kuantan - Dungun (149.8 km)

Peringkat 8 :
Kuala Terengganu - Tanah Merah (164.5 km)

Peringkat 9 :
Pasir Putih - Kuala Berang (123.6 km)

Peringkat 10 :
Tasik Kenyir - Kuala Terengganu (114.8 km) 

Selasa, 25 Disember 2012

Basketball : NBA 2013 Teams

 
Musim NBA 2013 telah pun bermula pada 31 Oktober lalu di mana untuk musim 2013 ini merupakan kejohanan kali yang ke-67 dalam sejarah NBA. Sebanyak 30 pasukan bertanding di mana dibahagikan kepada 2 Conference iaitu Eastern Conference dan Western Conference. Berikut adalah pasukan yang bertanding untuk musim 2013 :
 
EASTERN CONFERENCE (15 PASUKAN)
 
 
WESTERN CONFERENCE (15 PASUKAN)
 

Ahad, 23 Disember 2012

Rugby : Rugby World Cup 2015

Kejohanan Rugbi Piala Dunia 2015 dijadualkan berlangsung pada 18 September - 31 Oktober 2015 di mana England telah dipilih sebagai tuan rumah kejohanan buat kali ke-8 sejak tahun 1987. Pasukan New Zealand atau All Blacks selaku juara Edisi 2011 yang lalu pastinya akan mempertahankan gelaran mereka untuk kali ketiga dalam sejarah Rugbi Piala Dunia. 

Undian peringkat kumpulan telah dijalankan pada 7 Disember 2012 yang lalu dengan 12 pasukan (England, New Zealand, Australia, Afrika Selatan, Samoa, Itali, Perancis, Wales, Scotland, Ireland, Tonga & Argentina) telah mengesahkan tempat ke peringkat akhir manakala 8 slot lagi akan ditentukan dalam peringkat kelayakan zon masing-masing (Asia - 1 slot, Eropah - 2 slot, Ocenia - 1 slot, Afrika - 1 slot, Benua Amerika - 2 slot dan Playoff - 1 slot). Pasukan-pasukan ini dibahagikan kepada 4 pool di mana setiap pool mengandungi 5 pasukan. 

Berikut adalah kedudukan pool pasukan yang bertanding :

POOL A
Australia, England, Wales, Fiji, Uruguay

POOL B
Afrika Selatan, Samoa, Scotland, Jepun, USA

POOL C
Argentina, New Zealand, Tonga, Georgia, Namibia

POOL D
Perancis, Republik Ireland, Itali, Canada, Romania

Sabtu, 22 Disember 2012

Football : European 2012 Team of The Year


Berikut adalah kesebelasan terbaik kelab-kelab Eropah 2012 pilihan Blog Bual Sukan :
 
Formasi Pilihan : 4-3-3
Casilas (GK)
Lahm, Ramos, Pique, Hummel (D)
Iniesta, Xavi, Pirlo (M)
Messi, Ronaldo, RvP (S)
 

Jumaat, 21 Disember 2012

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Harimau Malaya Kelayakan Piala Asia 2015



 
Pasukan Harimau Malaya diletakkan dalam Kumpulan D bersama-sama dengan pasukan Qatar, Bahrain dan Yemen. Pasukan negara akan memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2015 dengan menentang pasukan Qatar pada 6 Februari 2013. Berikut ialah jadual penuh perlawanan pasukan negara dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2015 Australia :

Football : FIFA World Ranking Disember 2012

 
Ranking Bulan Disember 2012 yang dikeluarkan oleh badan induk bola sepak dunia FIFA terus menyaksikan pasukan Sepanyol terus mengekalkan kedudukan selaku pasukan terbaik dunia bagi kesekian kalinya. Berikut adalah kedudukan ranking terkini yang dikeluarkan oleh FIFA pada 19 Disember yang lalu :
 
 


TOP 20
 
 
UEFA
 
 
CONMEBOL
 
 
CONCACAF
 
 
CAF
 
 
AFC
 
 
AFF

Khamis, 20 Disember 2012

Football : UEFA Europa League - Round of 32 Draw

Undian pusingan 32 pasukan terbaik bagi merebut kejuaraan Liga Europa 2013 menyaksikan pasukan juara bertahan dari Sepanyol, kelab Atletico Madrid telah diundi untuk bertemu dengan kelab dari Russia, FK Rubin Kazan manakala juara Liga Juara-Juara Eropah musim lalu, Chelsea diundi bertemu kelab dari Rep. Czech, Sparta Praha. Perlawanan pusingan pertama akan berlangsung pada 14 Februari 2013 manakala perlawanan pusingan kedua akan berlangsung pada 21 Februari 2013 akan datang. Berikut ialah undian pusingan 32 pasukan terbaik :

Football : UEFA Champions League - Round of 16 Draw

Kejohanan Kelab berprestij Eropah, Liga Juara-Juara Eropah telah pun memasuki peringkat 16 pasukan terbaik. Berikut adalah keputusan undian untuk peringkat 16 pasukan terbaik di mana menyaksikan pasukan pertemuan gergasi Eropah iaitu Manchester United yang diundi bertemu dengan Real Madrid manakala pasukan AC Milan dijadualkan bertemu dengan pasukan FC Barcelona. Pertemuan pusingan 16 terbaik dijadualkan berlangsung pada 12, 13, 19 dan 20 Februari 2013 untuk pusingan pertama manakala pusingan kedua dijadualkan berlangsung pada 5, 6, 12 dan 13 Mac 2013. Berikut adalah undian 16 terbaik Piala Liga Juara-Juara Eropah musim ini :


12 FEBRUARI 2013 (SELASA)

Celtic vs Juventus (0-3)

Valencia vs PSG (1-2)
13 FEBRUARI 2013 (RABU)

Shakhtar Donetsk vs Borussia Dortmund (2-2)

Real Madrid vs Manchester United (1-1)
19 FEBRUARI 2013 (SELASA)

FC Porto vs Malaga (1-0)
Arsenal vs Bayern Munich (1-3)
20 FEBRUARI 2013 (RABU)

Galatasaray vs Schalke 04 (1-1)


AC Milan vs FC Barcelona (2-0)
5 MAC 2013 (SELASA)


Borussia Dortmund vs Shakhtar Donetsk



Manchester United vs Real Madrid
6 MAC 2013 (RABU)



Juventus vs Celtic



PSG vs Valencia


12 MAC 2013 (SELASA)



Schalke 04 vs Galatasaray


FC Barcelona vs AC Milan

13 MAC 2013 (RABU)



Malaga vs FC Porto


Bayern Munich vs Arsenal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa