Nuffnang Ads

Ahad, 23 Disember 2012

Rugby : Rugby World Cup 2015

Kejohanan Rugbi Piala Dunia 2015 dijadualkan berlangsung pada 18 September - 31 Oktober 2015 di mana England telah dipilih sebagai tuan rumah kejohanan buat kali ke-8 sejak tahun 1987. Pasukan New Zealand atau All Blacks selaku juara Edisi 2011 yang lalu pastinya akan mempertahankan gelaran mereka untuk kali ketiga dalam sejarah Rugbi Piala Dunia. 

Undian peringkat kumpulan telah dijalankan pada 7 Disember 2012 yang lalu dengan 12 pasukan (England, New Zealand, Australia, Afrika Selatan, Samoa, Itali, Perancis, Wales, Scotland, Ireland, Tonga & Argentina) telah mengesahkan tempat ke peringkat akhir manakala 8 slot lagi akan ditentukan dalam peringkat kelayakan zon masing-masing (Asia - 1 slot, Eropah - 2 slot, Ocenia - 1 slot, Afrika - 1 slot, Benua Amerika - 2 slot dan Playoff - 1 slot). Pasukan-pasukan ini dibahagikan kepada 4 pool di mana setiap pool mengandungi 5 pasukan. 

Berikut adalah kedudukan pool pasukan yang bertanding :

POOL A
Australia, England, Wales, Fiji, Uruguay

POOL B
Afrika Selatan, Samoa, Scotland, Jepun, USA

POOL C
Argentina, New Zealand, Tonga, Georgia, Namibia

POOL D
Perancis, Republik Ireland, Itali, Canada, Romania

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan Penaja

Alexa